Carian
BRUNO Malaysia, Jenama Kelengkapan Dapur Dari Jepun Untuk Individu Moden Yang Mahukan Keselesaan Dan Gaya Di Dapur
September 11, 2024 Lina Rosli

Bagi individu moden yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya, masa di dapur sering menjadi cabaran. Oleh itu, BRUNO, sebuah jenama perkakas gaya hidup dari Jepun hadir dengan variasi pilihan produk menawarkan rekaan yang elegan dan fungsi yang praktikal.

Selepas hampir satu tahun diperkenalkan di Malaysia, kini BRUNO memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan kiosk rasmi BRUNO Malaysia di The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Dengan fokus pada inovasi dan rekaan yang diinspirasikan dari budaya Jepun, BRUNO kini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin memperkaya pengalaman memasak dengan kemudahan dan estetika moden.

BRUNO bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan kelengkapan dapur yang versatil, tetapi juga membantu individu menyediakan makanan dengan lebih cepat dan mudah. Setiap produk direka dengan kawalan yang intuitif, memudahkan proses memasak sambil memberikan hasil yang sempurna setiap kali.

Antara produk yang menjadi tarikan utama di BRUNO adalah BRUNO Hotplate adalah alat yang ideal untuk menggoreng, mengukus, dan memanggang – semuanya dalam satu perkakas. Sama ada untuk sarapan pagi cepat atau makan malam keluarga, hotplate ini tersedia dalam saiz Compact dan Grande, menjadikannya sesuai untuk majlis kecil mahupun besar.

Selain daripada itu, terdapat beberapa pilihan produk lain yang menarik seperti BRUNO Grill Sand Maker sangat praktikal untuk membuat sandwic atau wafel dan juga BRUNO Steam & Bake Toaster yang boleh digunakan untuk penyediaan roti bakar, pizza dan banyak lagi – sekaligus memberikan variasi dalam hidangan harian.

Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke aras 3 di The Gardens Mall, Kuala Lumpur bermula hari ini bagi mendapatkan set kelengkapan dapur kegemaran anda pada harga yang berbaloi.

Komen