Sejak kebelakangan ini, Spritzer dilihat giat dalam melaksanakan komitmen kelestarian – yang melibatkan barisan produk mereka. Bermula dari pengambilan sumber air yang semula jadi dan berkualiti hingga kepada penggunaan bahan pembungkusan ataupun botol minuman yang dipasarkan kepada umum.
Baru-baru ini, Spritzer hadir dengan produk baharu yang dinamakan sebagai ACILIS by Spritzer – ia menawarkan air minuman yang berkualiti di samping menampilkan inovasi dalam pembungkusan yang lebih mesra alam.
Untuk pengetahuan anda, ACILIS by Spritzer ini diperbuat daripada 30% bahan berasaskan tumbuhan sekaligus menjadikannya pilihan yang lebih hijau berbanding botol PET biasa.
Menerusi pengenalan ini juga, Spritzer dilihat komited dalam mengurangkan jejak karbon yang dihasilkan di dalam setiap proses pengeluaran produk. Bahan berasaskan tumbuhan ini dijangka akan mengurangkan pelepasan CO2 selain turut menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih.
Dengan hadirnya inisiatif ini, pengguna kini boleh menikmati air minuman yang menyegarkan sambil membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.