Carian
Jenama Beg Tangan Lokal Yang Kini Semakin Mendapat Perhatian – Brïk, Nazifi Nasri, SAOI Dan Coloris
September 12, 2024 Lina Rosli

Dalam dunia fesyen tempatan, semakin banyak jenama beg tangan tempatan yang mencipta nama dengan rekaan inovatif dan berkualiti tinggi. Empat jenama beg tangan lokal ini Brïk, Nazifi Nasri, SAOI dan Coloris sedang menjadi pilihan utama di kalangan penggemar fesyen tempatan.

Setiap jenama ini membawa identiti tersendiri, mempamerkan keunikan rekaan, ketukangan serta inovasi yang unik untuk diterokai.

#1 Brïk

Brïk dikenali dengan reka bentuk yang minimalis namun elegan, dihasilkan dengan bahan berkualiti tinggi seperti kulit asli. Beg tangan Brïk menampilkan gaya moden dan kontemporari yang sesuai untuk mereka yang gemarkan penampilan yang sofistikated tetapi sederhana.

Penawaran variasi pilihan warna dari pada warna berani kepada warna neutral, ia sekaligus menjadikan beg ini pilihan sempurna untuk pelbagai acara sama ada acara formal mahupun kasual.

Nazifi Nasri

Nazifi Nasri membawa nafas baru dalam industri beg tangan tempatan dengan gaya rekaan yang minimalis dan eksentrik. Bermula dengan penawaran sandal dan kasut lelaki, jenama ini kemudiannya memperluaskan tawaran mereka dengan koleksi beg tangan wanita dan aksesori uniseks yang eksklusif.

Nazifi Nasri dikenali koleksi fesyen yang mengetengahkan reka bentuk kulit, ia sekaligus memberikan sentuhan klasik yang kekal relevan dalam pelbagai era. Dengan fokus pada pemilihan bahan yang sempurna, jenama ini berusaha untuk menyampaikan produk yang tidak hanya memancarkan gaya yang abadi, tetapi juga menawarkan ketahanan dan fungsi yang luar biasa.

#2 SAOI

SAOI mempersembahkan koleksi beg tangan yang direka khusus untuk gadis kosmopolitan yang menghargai gaya moden dan minimalis. Menonjol dengan penggunaan suede premium, setiap beg tangan SAOI menawarkan sentuhan elegan yang memancarkan kehalusan dan keanggunan.

Reka bentuk SAOI mengutamakan kesederhanaan yang sofistikated dengan reka bentuk yang unik namun masih sesuai untuk pelbagai padanan dan gaya. Suede yang digunakan tidak hanya memberikan tekstur yang mewah tetapi juga menambah elemen kemewahan pada setiap rekaan.

#4 Coloris

Antara jenama yang juga semakin mendapat perhatian ramai adalah Coloris. Dikenali dengan penggunaan warna-warna yang ceria dan berani, Coloris hadir dengan variasi pilihan saiz dan bentuk untuk melengkapi gaya haria anda.

Setiap beg tangan direka dan dihasilkan menggunakan bahan berkualiti untuk memberi ketahanan serta kemasan yang sempurna. Coloris berjaya menarik perhatian golongan muda yang menggemari aksesori yang fun dan stylish, menjadikan beg tangan ini sesuai untuk mereka yang ingin tampil dengan warna dan gaya yang lebih menonjol.

Dengan pelbagai pilihan daripada empat jenama tempatan ini, anda boleh menjangkakan yang mana industri beg tangan Malaysia akan semakin menyerlah di peringkat antarabangsa.

Brïk, Nazifi Nasri, SAOI dan Coloris menawarkan pelbagai rekaan untuk memenuhi citarasa yang berbeza – dari gaya minimalis hingga eksentrik dan juga dari gaya yang elegan hingga ke playful. Kini, pengguna boleh berbangga memakai produk tempatan yang berkualiti tinggi dan setanding dengan jenama antarabangsa.

Komen