Baru-baru ini, IKEA Malaysia telah mengumumkan perkara dan aktiviti menarik yang bakal ditawarkan untuk tahun 2025 – mengutamakan penawaran yang lebih mampu milik, di samping memperkenalkan lebih banyak pilihan penyelesaian lestari dan koleksi terkini.
Dengan pengenalan ‘Harga Baharu Lebih Rendah’, pelanggan kini boleh menikmati pelbagai produk pada harga yang lebih mesra dompet. Penawaran ini sesuai untuk anda yang ingin mengubah suai atau memperbaharui rumah anda.
Berikut adalah lima perkembangan utama yang anda boleh nanti-nantikan dari IKEA tahun ini.
1. ‘Harga Baharu Lebih Rendah’ untuk Produk Popular
Dalam usaha menjadikan kelengkapan rumah lebih mampu dimiliki, IKEA telah menurunkan harga lebih daripada 2,000 produk kegemaran pelanggan – merangkumi penyelesaian storan dan juga barangan kelengkapan ruang yang unik. Semuanya kini lebih murah dan kekal berkualiti tinggi.
2. Festival Tidur IKEA – Inspirasi untuk Tidur Lebih Lena
Pada 7 hingga 29 September, IKEA juga bakal menganjurkan Festival Tidur di seluruh gedungnya – yang mana pelanggan boleh menyertai pertandingan tidur siang ataupun menikmati sarapan percuma jika datang dengan pakaian tidur. Terdapat juga persembahan artis tempatan seperti Zee Avi, Alena Murang dan Ezra Kairo setiap hujung minggu di IKEA.
3. SKOGSDUVA – Koleksi Unik Bertemakan Hutan
Di bulan Oktober, anda juga boleh menyaksikan pelancaran SKOGSDUVA, koleksi baharu yang penuh imaginasi. Ia hadir dengan produk seperti bantal berbentuk tongkol kayu, ambal plush dan jubah mandi berinspirasikan lynx – ini pasti menceriakan ruang tidur anda.

4. BRÄNNBOLL – Memperhebat Pengalaman Permainan Digital
Untuk peminat permainan digital, IKEA turut memperkenalkan BRÄNNBOLL pada bulan Disember. Koleksi ini menggabungkan gaya dan fungsi dengan menawarkan kerusi rendah yang selesa, aksesori dan penyelesaian storan pintar. Dengan BRÄNNBOLL, pengalaman permainan digital anda bersama keluarga dan rakan-rakan dijamin lebih menyeronokkan.

5. Pilihan Hidangan Baharu di Restoran Sweden IKEA
Selain berbelanja, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan baharu di Restoran Sweden IKEA. Pada September ini, pelanggan boleh mencuba Beef Ribs with Soy Sauce dan Chicken Wings in Gochujang Sauce serta Weekdays Family Combo Meal eksklusif hanya pada RM39.90 untuk ahli IKEA Family.

Dengan semua tawaran ini, kunjungi IKEA sekarang untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan mesra bajet. Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my atau ikuti media sosial IKEA Malaysia.