F&N Malaysia Mengajak Rakyat Malaysia Menjaga Kesihatan dengan 82 Produk Lebih Sihat

September 13, 2024
Kesihatan

Lina Rosli

F&N Malaysia terus memperkukuhkan komitmennya dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dengan memperkenalkan rangkaian produk yang diiktiraf lebih sihat. Kini, sebanyak 82 produk F&N telah diiktiraf sebagai pilihan yang lebih sihat, selari dengan inisiatif untuk mendukung kesejahteraan pengguna.

Pengiktirafan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan F&N dalam menyediakan produk yang memenuhi standard nutrisi lebih sihat, tanpa menjejaskan rasa dan kualiti yang digemari oleh pengguna. Dari minuman hingga makanan, F&N memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati pelbagai pilihan yang lebih mesra kesihatan.

Dengan kesedaran terhadap kesihatan semakin meningkat, F&N Malaysia terus berinovasi dalam menawarkan produk yang rendah gula, kurang kalori dan kaya dengan nutrisi penting.

Untuk produk ini, anda boleh melihat logo tanda ‘betul’ berwarna merah pada setiap pek pembungkusan – sama ada minuman dalam tin, botol dan juga kotak. Manakala untuk produk yang terlibat termasuklah siri Seasons, Oiyishi, 100 Plus dan lain-lain.

Selain menyediakan produk yang lebih sihat, F&N juga menyeru rakyat Malaysia untuk mengambil langkah lebih proaktif dalam menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup aktif. Inisiatif ini mencerminkan misi F&N untuk menjadi rakan kongsi dalam perjalanan rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk F&N yang diiktiraf sebagai pilihan lebih sihat, pengguna boleh melayari laman web rasmi F&N atau melihat label pengiktirafan pada produk-produk yang terpilih di pasaran.

Jom sama-sama kita ambil langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat dengan F&N.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd