Sepiring kini meraikan ulang tahunnya yang ke-9 pada tahun 2024 ini. Bagi yang tidak mengetahui Sepiring adalah sebuah restoran tempatan yang digemari ramai dan diperakui Halal – Sepiring Cafe Sdn Bhd merupakan antara anak syarikat TCRS Restaurants Sdn Bhd (TCRS) yang berdiri di bawah payung yang sama dengan jenama restoran seperti The Chicken Rice Shop, Dubuyo, Sukiya Bowl dan banyak lagi.
Untuk memperingati detik istimewa ini, Sepiring akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan September dan Oktober di seluruh Lembah Klang. Antaranya termasuklah kunjungan kejutan ke rumah-rumah terpilih serta perjumpaan eksklusif bersama para peminat sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini.
Sepiring yang mula membuka pintunya sembilan tahun lalu telah berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan menu yang menggamit kenangan seperti Nyonya Nasi Ulam Platter dan Penang Rojak. Dengan sentuhan unik yang menggabungkan rasa tradisional dan elemen moden, setiap hidangan di Sepiring mengingatkan kita kepada kekayaan warisan masakan negara.
Sama ada Hainanese Chicken Rice yang klasik ataupun Coconut Cendol Cooler yang segar, setiap suapan di Sepiring mencerminkan kepelbagaian rasa Malaysia yang penuh warna.
Sempena ulang tahun ini, Sepiring telah menganjurkan kunjungan kejutan ke kawasan seperti Shah Alam, Seri Kembangan, Bukit Jelutong dan Petaling Jaya, di mana keluarga terpilih menerima hidangan istimewa seperti Nyonya Nasi Ulam Platter dan signature Yam Cake untuk dinikmati bersama.
Selain itu, Sepiring turut merancang untuk mengadakan pertemuan khas bersama pelanggan setia dan ahli aplikasi sedapZ sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka selama ini. Restoran ini telah menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari makanan yang mengimbau nostalgia serta suasana mesra keluarga, di mana setiap hidangan direka untuk dikongsi dan dinikmati bersama.
Menariknya, sempena sambutan ulang tahun yang bakal tiba pada 20 September 2024, Sepiring akan menawarkan Nyonya Nasi Ulam pada harga istimewa RM9.90 di semua cawangan mereka. Selain itu, hidangan laksa terpilih juga akan ditawarkan pada harga RM12 dari sekarang hingga 3 November 2024 khusus untuk ahli sedapZ.
Promosi menarik lain termasuk diskaun sehingga 50% untuk hidangan popular seperti Pasembur dan Pancake Durian D24.
Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi mereka di https://sepiring.com.my/ atau mengikuti Sepiring di Facebook dan Instagram mereka.