Sempena sambutan Hari Pertolongan Cemas 2024 pada 14 September, Hansaplast Malaysia telah menganjurkan Persidangan Pertolongan Cemas 2024 yang menghimpunkan profesional kesihatan, rakan dagang, dan tetamu jemputan.
Persidangan ini mengetengahkan pelancaran plaster inovatif ‘Pengurang Parut’, yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan keterlihatan parut timbul dan keloid.
Menerusi pelancaran plaster ini, ia menujukkan Hansaplast komited dalam menyediakan penjagaan luka yang inovatif dan berkualiti, sekaligus membantu pesakit mengurangkan parut dan meningkatkan keyakinan diri mereka.
Produk terbaru mereka, plaster ‘Pengurang Parut’, direka untuk memenuhi keperluan pesakit pasca pembedahan, dengan rawatan bukan invasif yang boleh menghasilkan perubahan ketara dalam masa beberapa minggu.
Selain itu, Hansaplast Malaysia dan St. John Ambulance Malaysia turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkasakan pendidikan pertolongan cemas melalui “Program Pendidikan Penjagaan Luka” di sekolah-sekolah dan komuniti di seluruh negara.
Kerjasama dengan St. John Ambulance bertujuan untuk melatih generasi muda dan komuniti dalam asas penjagaan luka, agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi kecemasan. Program ini selari dengan misi kedua-dua organisasi untuk membina komuniti yang lebih selamat dan peka terhadap penjagaan kesihatan.
Plaster Hansaplast Pengurang Parut kini boleh didapati di farmasi utama dan kedai e-dagang, dengan harga RM109.90 untuk saiz standard dan RM199.90 untuk saiz XL.