Montigo Lancar Sub-Jenama Baharu – Kedai Pertama OiYO Akan Dibuka Di Lembah Klang Sekitar Oktober Ini
Lina Rosli
Montigo, jenama bekas minuman yang semakin melakar nama ini nampaknya sudah mula memperluaskan penawaran mereka menerusi pengenalan sub-jenama baharu, OiYO.
Jenama OiYO by Montigo ini dijangka akan memfokuskan kepada produk untuk ibu dan kanak-kanak. Berdasarkan perkongsingan Montigo, kedai fizikal pertama OiYO dijadualkan akan dibuka di pusat membeli-belah terkemuka di Lembah Klang sekitar bulan Oktober.

Pelancaran ini menandakan langkah penting dalam strategi Montigo untuk memperluas jangkauan pasaran mereka ke dalam segmen keluarga.
OiYO akan menyediakan pelbagai pilihan bekas makanan dan minuman yang berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan ibu dan anak. Setiap item direka dengan perhatian yang teliti bagi memastikan produk yang ditawarkan memenuhi standard tertinggi. Dengan penekanan pada inovasi dan fungsi, OiYO berhasrat untuk menjadi destinasi utama bagi keluarga yang mencari produk berkualiti.

Pembukaan kedai OiYO bukan sahaja menawarkan peluang kepada pelanggan untuk merasai pengalaman beli-belah yang lebih mudah, tetapi juga menyasarkan untuk menjadi platform yang kukuh untuk meluaskan lagi pengaruh OiYO di pasaran tempatan dan seterusnya.