Carian
dUCk Melancarkan Koleksi The Malaysia dUCk – Menampilkan Rekaan Mercu Tanda Ikonik Malaysia Yang Dilakar Dalam Masa 500 Jam
September 19, 2024 Lina Rosli

The dUCk Group, jenama fesyen yang terkenal dengan rekaan inovatifnya, telah melancarkan koleksi terbaru mereka, The Malaysia dUCk. Koleksi ini menampilkan variasi item fesyen yang merangkumi tudung, kemeja-t, cawan kopitiam, kipas tangan, puzzle, beg tote dan juga buku yang mengangkat keindahan mercu tanda ikonik di Malaysia sebagai tema utama.

Setiap rekaan dalam koleksi ini adalah perayaan visual ke atas warisan arsitektur negara, dengan mercu tanda ikonik terkenal seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Langkawi Sky Bridge, Ladang Teh Cameron Highland, Muzium Terengganu, Menara TRX dan banyak lagi yang diabadikan dengan gaya yang elegan.

Kesemua item di dalam koleksi ini bukan sahaja menonjolkan keindahan seni reka bentuk, tetapi juga memaparkan keunikan dan kebanggaan Malaysia. Dan apa yang menarik tentang koleksi ini adalah kesemua ilustrasi bagi mercu tanda di Malaysia ini telah dilukis dalam tempoh masa 500 jam.

Setiap rekaan ilustrasi sama ada pada tudung ataupun kemeja-t direka dengan cetakan yang terperinci, menggambarkan mercu tanda ikonik dalam pelbagai gaya artistik. Menurut The dUCk Group, koleksi ini direka bertujuan untuk memperingati dan mempromosikan keindahan serta kepelbagaian warisan negara kita.

Untuk memperincikan butiran lakaran ilustrasi ini, berikut adalah senarai mercu tanda ikonik yang dipilih dari setiap negeri di MalaysiaTa oleh tim The dUCk Group untuk koleksi The Malaysia dUCk:

  • Johor – Muzium Negeri Sultan Abdul Bakar
  • Melaka – River Walk
  • Negeri Sembilan – Bangunan Minangkabau
  • Selangor – Pulau Ketam
  • Perak – Pavilion Perak
  • Kedah – Muzium Padi, Langkawi Sky Bridge
  • Pulau Pinang – Dewan Bandar Penang, Menara Komtar
  • Perlis – Tasik Melati
  • Kelantan – Taman Rihal Al-Quran
  • Terengganu – Muzium Terengganu
  • Pahang – Ladang Teh Cameron Highlands, Kuantan Cityscapes
  • Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur – Menara Merdeka 118, Menara Telekom, Tasik Titiwangsa, Bangunan TRX, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur
  • Sarawak – Miri, Kuching, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru
  • Sabah – Menara Tun Mustapha Di Pusat Negeri

Koleksi The Malaysia dUCk kini tersedia di butik-butik dUCk dan juga platform atas-talian. Harga jualan bagi item yang ditampilkan adalah bermula daripada RM15 hingga ke RM350.

Komen