CHAGEE Modern Tea House – Kedai Mercu CHAGEE Yang Menawarkan Variasi Pilihan Minuman Seperti Teapresso, Oriental Tea

September 20, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

Jika anda seorang pencinta teh atau ingin mencuba pengalaman yang berbeza, CHAGEE baru-baru ini telah membuka dua kedai mercu mereka iaitu CHAGEE Modern Tea House di Sunway Velocity, Sri Petaling dan juga Sunway Pyramid.

Apa yang menarik yang ditawarkan di CHAGEE Modern Tea House ini, ia menampilkan reka susun yang lebih mewah dan elegan di samping penawaran menu minuman yang lebih banyak dan variasi.

Selain itu, di CHAGEE Modern Tea House ini juga, ia menampilkan stesen teh yang membolehkan anda mempelajari lebih banyak tentang dunia teh serta mencuba sendiri membuat teh yang anda gemari.

Jika dibandingkan dengan kiosk CHAGEE biasa, saiz keluasannya adalah lebih kecil dan hanya memfokuskan kepada jualan teh untuk dibawa pulang.

Sementara CHAGEE Modern Tea House direka dengan konsep kedai fizikal yang lebih besar dan menawarkan suasana santai untuk pelanggan menikmati teh terus di kedai. Ia juga dilengkapi dengan dekorasi moden yang minimalis.

Mengenai penawaran hidangan minuman yang unik, kedai mercu ini turut menampilkan pelbagai inovasi dalam penyediaan teh, yang menggabungkan elemen tradisi dengan sentuhan moden – yang boleh didapatkan menerusi siri Iced Oriental Tea.

Bukan itu sahaja, anda turut boleh mencuba penawaran yang lebih muda dan menyegarkan menerusi siri minuman Teapresso yang menampilkan dua pilihan iaitu Tea Latte dan Tea Frappe.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat kedai mercu terbaru CHAGEE di Sunway Pyramid. Kedai ini mengangkat warisan teh dengan cara yang inovatif, membawa teh tradisional ke dunia moden. Bagi anda yang ingin meneroka lebih banyak pilihan teh atau mencari suasana santai untuk beristirahat, kedai ini pasti memberikan pengalaman yang berbeza.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd