Carian
ZUS Coffee Memperkenalkan Siri Minuman Baharu – Siri Pumpkin Spice
September 23, 2024 Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari minuman istimewa berasaskan rasa labu dan rempah ini, kini anda boleh mencubanya di semua rangkaian ZUS Coffee iaitu siri Pumpkin Spice.

Di dalam siri ini, ZUS Coffee menawarkan tiga pilihan minuman berbeza iaitu Pumpkin Spice Frappe, Pumpkin Spice Black dan juga Pumpkin Spice Latte.

Buat mereka yang suka menikmati minuman yang ringkas dan mudah tetapi mempunyai rasa yang sedikit kuat, anda boleh mencuba Pumpkin Spice Latte. Minuman ini sesuai untuk dinikmati sama ada secara panas atau sejuk – sesuai untuk pelbagai keadaan dan cuaca.

Selain itu, bagi anda yang inginkan sesuatu yang lebih menyegarkan, anda boleh mencuba pilihan ais kisar iaitu Pumpkin Spice Frappe yang rasanya lebih manis dan juga lebih seimbang.

Jika anda mencari sesuatu yang lebih kuat dan berani, Pumpkin Spice Black adalah pilihan yang tidak boleh dilepaskan. Kombinasi unik antara kopi hitam pekat dan rempah labu ini mencipta rasa yang luar biasa.

Untuk mendapatkannya, anda boleh mula memesan hari ini sama ada di rangkaian fizikal ZUS Coffee ataupun lakukan pembelian secara atas-talian menerusi aplikasi ZUS.

Komen