UNIQLO mengumumkan pelancaran Global Photo Exhibition-PEACE FOR ALL, pameran fotografi besar-besaran yang diadakan di lebih daripada 10 bandar utama dunia. Projek ini dijayakan bersama dengan Magnum Photos, sebuah koperasi fotografi yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Pameran ini menampilkan koleksi karya fotografi yang menarik dari jurugambar Magnum iaitu Cristina de Middel, Lindokuhle Sobekwa dan Olivia Arthur. Mereka mengunjungi negera-negara seperti Vietnam, Ethiopia, dan Romania untuk menangkap detik-detik berharga berkaitan dengan aktiviti yang disokong oleh dana PEACE FOR ALL.


Pameran ini mempamerkan 63 karya yang menggabungkan idealisme UNIQLO tentang “kuasa pakaian” dan Magnum Photos tentang “kuasa fotografi”.
Setiap gambar menunjukkan impak positif yang dihasilkan oleh dana PEACE FOR ALL, yang telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1.5 bilion yen (kira-kira USD10 juta) sejak dua tahun pelancarannya.


Semua keuntungan daripada penjualan T-shirt PEACE FOR ALL didermakan kepada tiga organisasi kemanusiaan antarabangsa, iaitu UNHCR, Save the Children, dan Plan International.
Sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama ini, tiga rekaan T-shirt PEACE FOR ALL baharu akan dilancarkan di semua kedai UNIQLO dan secara talian pada 20 September lepas. Setiap rekaan menampilkan gambar-gambar dari pameran ini yang merangkumi detik-detik kemanusiaan di Vietnam, Romania, dan Ethiopia.