Carian
7 Jenis Kasut Boot Yang Boleh Anda Gayakan Untuk Fesyen Harian
January 9, 2024 Lina Rosli

Penampilan kasut but atau lebih dikenali sebagai boots telahpun disukai oleh kebanyakan wanita sejak dahulu lagi.

Tidak kira sama ada dipadankan dengan seluar denim ataupun gaun, kasut but sememangnya akan menjadikan gaya fesyen anda tampak lebih serba boleh dan menarik.

Dahulunya, kasut but dipakai kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang baik kepada si pemakai. Ia termasuk melindungi kaki dari air, sejuk, lumpur atau bahaya. Oleh sebab itu, pemakaian kasut but sangat popular dalam kalangan pekerja kilang kerana ianya bertindak dalam melindungi pemakai dari bahan kimia selain memberikan sokongan pergelangan kaki tambahan untuk aktiviti berat.

7 Jenis Kasut But Yang Berbeza Untuk Wanita

Menjelang tahun 2021, trend kasut but dilihat semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan penggemar kasut, malah termasuk juga individu yang ingin mendapatkan nafas baru agar kelihatan lebih bergaya dari sebelumnya.

Berikut adalah 7 jenis kasut but yang boleh anda cuba dalam penampilan harian anda:

But Tumit Tinggi

Pemilihan but kasut tumit tinggi sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan penampilan glamor. But tumit tinggi boleh dipasangkan dengan gaya seluar sama jenis denim dan juga kembang. Malah, anda juga boleh gabungkan penampilan rock dan feminin dalam satu gaya yang sama menerusi padanan but dan juga skirt atau gaun.

Namun, pastikan anda tahu bagaimana mengimbangkan kedua-duanya dengan memakai but tumit tinggi.

But Tumit Bersegi

But jenis ini tidak hanya kelihatan cantik tetapi juga mempunyai tumit yang kuat dan kukuh sekaligus sangat senang dan lebih selamat untuk digunakan.

Di tambah lagi dengan beberapa faktor glam ke denim, kasut denim jenis bersegi ini sangat sesuai untuk pemakaian sewaktu berada di luar atau berkunjung ke pusat membeli-belah. 

But Tumit Cuban

But tumit Cuban biasanya mempunyai tumit dan rekaan yang pendek hingga sederhana. Hampir sama seperti but tumit bersegi, jenis but Cuban adalah pilihan terbaik jika anda bekerja di sektor korporat.

Malah, ia juga mempunyai zip di bahagian sisi yang memudahkan anda untuk menanggalkan dan memakai kasut lebih-lebih lagi jika anda bekerja di pejabat yang berkarpet.

But Tumit Halus

But yang menarik ini adalah pilihan yang luar biasa untuk wanita yang gemar menampilkan sisi mereka yang bergaya, anggun dan classy.

Kelihatan sama seakan stiletto, but tumit halus ini sesuai dengan setiap pakaian yang anda pilih. Malah, ia paling sesuai digayakan bersama seluar atau gaun. Untuk mencubanya, but bertumit halus ini terdapat dalam pelbagai varian. 

But Chelsea

But Chelsea atau disebut but jenis rendah merupakan gaya kasut yang paling popular sejak zaman awal perkembangan fesyen. Bagi anda yang berminat, anda boleh menemui pelbagai jenis but Chelsea, yang dapat diakses dalam pelbagai warna dan bentuk.

But hujan

But hujan juga dikenali sebagai gumboots. Mereka diperbuat daripada getah dan bahan elastik lain yang memberikan ketahanan terhadap air.

Rentetan terdapatnya peningkatan trend  ke arah fesyen yang lestari, but hujan ini menggunakan avatar serba baru. Ia kini dihasilkan dari plastik kitar semula dan tersedia dalam pelbagai warna dan reka bentuk yang sangat unik.

But Sneaker

But sneaker pertama kali dimodelkan pada tahun 2018. Mereka memberikan aura pernyataan fesyen yang lebih edgy. But jenis ini berada di bawah jenis kasut dengan penampilan fesyen yang berani.

Penggunaan but sneaker dilihat dapat melengkapkan gaya apabila memakai skirt dan gaun dengan baik. But sneaker juga memberikan anda daya tarikan tomboi yang mencipta penampilan dan keperibadian yang lebih menarik.

Komen