KitKat Memperkenalkan Minuman Coklat Sedia Bancuh

September 24, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

KitKat, jenama wafer coklat yang terkenal dengan slogan “Have a Break, Have a KitKat”, kini hadir dengan produk terbaru iaitu minuman coklat panas sedia bancuh.

Menerusi pengenalkan produk ini, nampaknya KitKat telah memperluaskan lagi penawaran mereka yang kini tidak hanya memfokuskan kepada wafer dan biskut sahaja, tetapi juga menawarkan pilihan di dalam bentuk minuman segera yang mudah disediakan.

Minuman coklat dari KitKat ini dirumus khas untuk memberikan rasa coklat yang pekat, kaya dan memuaskan, sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Sama ada di pejabat, rumah atau ketika sedang bersantai, KitKat memastikan bahawa anda boleh menikmati secawan coklat panas hanya dalam beberapa langkah mudah. Hanya tuangkan air panas, kacau dan mula nikmatinya bersama snek kegemaran anda.

Bagi and ayang berminat untuk mendapatkan minuman coklat dari KitKat ini, ia sudahpun tersedia di rangkaian pasaraya besar dan juga turut boleh didapati secara atas-talian di platform Shopee pada harga RM15.90 sebungkus ataupun RM31.80 untuk berkas 2 pek besar.

Jadi, apa tunggu lagi? Have a break, dan nikmati KitKat dalam bentuk minuman hari ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd