Ulasan Kasut ANTA PG7 – Apabila Keselesaan Bertemu Fesyen
Lina Rosli
Kalau anda tanya, apakah kasut harian yang saya gunakan sama ada untuk pergi ke pejabat ataupun keluar berjalan-jalan sewaktu hujung minggu, jawapannya adalah sneakers biasa. Mengapa? Ini kerana saya sukar untuk mencari kasut harian yang bersesuaian dengan outfit saya di kebanyakan waktu.
Namun, selepas saya mengenali koleksi-koleksi kasut dari ANTA, ia sedikit sebanyak telah mengubah persepsi saya terhadap kasut sukan. Kebiasaannya, perkara pertama yang saya titik beratkan di dalam pemilihan kasut harian adalah gaya. Selepas itu, barulah keselesaan dan seterusnya harga. Dan baru-baru ini, saya sempat untuk mencuba koleksi kasut larian yang terbaru dari ANTA iaitu ANTA PG7 Journey and Travel.

Secara umumnya, selepas pertama kali saya mencuba ANTA PG7, saya boleh katakan bahawa kasut ini menawarkan padanan yang sempurna antara keselesaan dan penampilan. Kasut ini bukan sahaja memenuhi semua keperluan keselesaan saya, tetapi juga melengkapkan setiap outfit saya dengan mudah.
Berbeza dengan kasut sukan biasa yang menampilkan rekaan yang bulky dan warna yang terlampau terang, ANTA PG7 fokus kepada rekaan yang moden dan minimalis.
Kasut Sempurna Untuk Peminat Warna Pastel
Bagi saya, warna memainkan peranan besar dalam setiap pilihan pakaian. Saya gemar warna-warna pastel yang lembut dan menenangkan, dan ANTA PG7 tidak mengecewakan. Kasut ini menggabungkan warna ivory white, kuning dan biru – kombinasi warna yang elegan, tidak terlalu terang, tetapi cukup untuk menambah sentuhan yang segar pada pakaian harian saya.
Sama ada saya sedang mengenakan pakaian kasual seperti seluar jeans atau seluar biasa, kasut ini sentiasa serasi dengan gaya saya. Tidak terlalu over-the-top, tetapi cukup untuk membuatkan saya berasa bergaya dan yakin.


Apabila Keselesaan Bertemu Fesyen
Sebagai seseorang yang kerap bergerak, sudah tentu keperluan untuk mendapatkan keselesaan adalah penting. Saya pernah memakai kasut yang kelihatan cantik tetapi akhirnya menyakitkan kaki setelah beberapa jam.
Namun, ANTA PG7 membawa keselesaan ke tahap yang berbeza dengan teknologi PG7 yang direka khas untuk kusyen maksimal. Teknologi ini memastikan setiap langkah terasa lembut, seolah-olah ada kusyen empuk di bawah kaki saya – dan ini sekaligus mengurangkan tekanan pada tapak kaki walaupun selepas tempoh berjalan yang lama.


Selain itu, satu perkara yang benar-benar menonjol ialah keupayaan PG7 untuk mengurangkan daya graviti puncak ketika berjalan atau berlari, memastikan setiap langkah terasa ringan dan selesa. Walaupun pada hari yang sibuk di mana saya banyak berjalan, kasut ini memberi sokongan yang saya perlukan tanpa menyebabkan kaki terasa letih.
Kalau anda perasan juga, pada bahagian hadapan kasut, ia mempunyai diameter lebar yang mencukupi untuk memuatkan kaki – yang mana ia tidak terlalu runcing. Ini kerana, kebanyakan kasut yang runcing pada bahagian hadapan boleh menyebabkan geseran apabila dipakai untuk tempoh yang lama. Dan ini sekaligus boleh menyebabkan kaki mudah melecet dan melepuh.

Serba Boleh – Dari Sukan Hingga Gaya Santai
Seterusnya, antara kelebihan lain yang saya suka pada ANTA PG7 ini ialah versatiliti kasut. Kasut ini bukan sahaja sesuai untuk aktiviti fizikal seperti berlari ringan di taman, tetapi juga boleh dipakai sepanjang hari dalam pelbagai keadaan – sama ada untuk bersenam, berjalan santai di pusat membeli-belah, atau berjumpa rakan di kafe.
Jika anda lihat pada rekaan kasut ini juga, ia memperlihatkan rekaan mesh pada bahagian atas kasut. Dengan ini, ia memastikan kaki saya kekal sejuk walaupun dipakai untuk tempoh yang lama.

Selain itu, ANTA PG7 ini juga menampilkan tapak luar A-GRIP yang tahan lasak dan ini sekaligus memberikan cengkaman yang baik, tidak kira di permukaan basah atau kering.
Secara umumnya, Malaysia adalah negara dengan tahap kelembapan yang tinggi, mudah hujan dan mempunyai kecenderungan untuk berlaku hujan pada bila-bila waktu. Jadi, terutamanya apabila saya berjalan di sekitar bangunan yang sering basah dan mempunyai lantai yang licin selepas hujan, sekurang-kurangnya ia tidak mudah tergelincir dan menyebabkan kecelakaan.

Bukan Sekadar Kasut, Ia Adalah Gaya Hidup
Akhir sekali, dengan ANTA PG7, saya tidak lagi perlu memilih antara keselesaan dan gaya. Setiap kali saya memakainya, saya tahu saya boleh melalui hari yang sibuk dengan penuh yakin, tanpa perlu berkompromi tentang keselesaan.
ANTA PG7 adalah pilihan terbaik bagi wanita yang mahukan keselesaan dan gaya dalam satu pakej. Jika saya rangkumkan, kasut ini hadir dengan teknologi kusyen PG7, reka bentuk yang sesuai untuk pelbagai gaya dan warna pastel yang anggun. Oleh itu, jika anda seperti saya yang sentiasa mencari keseimbangan antara fesyen dan fungsi, anda mungkin akan jatuh cinta dengan ANTA PG7.


Dari segi harga juga, anda mungkin boleh mempertimbangkan kasut ini kerana ia merupakan antara produk yang mampu milik – jika dibandingkan dengan harga jualan kasut lain di pasaran. Bagi yang tidak mengetahui, kasut ANTA PG7 ini ditawarkan pada harga RM239 sepasang dan didatangkan dengan beberapa pilihan warna sama ada warna yang lebih gelap atau warna yang lebih menyerlah.
Usah risau, walaupun tawaran harga kasut ini cukup berpatutan, kasut ini tidak mengorbankan ketahanan. Dibina dengan bahan berkualiti yang direka untuk bertahan dalam pelbagai keadaan, ia sesuai digunakan untuk kegunaan harian ataupun aktiviti lasak.

Untuk mendapatkannya, anda bole berkunjung ke kedai fizikal ANTA berdekatan anda, antara lokasi yang boleh anda kunjungi di sekitar Lembah Klang – termasuklah di The Exchange TRX, NU Sentral, 1Utama dan juga Sunway Pyramid.
Anda juga boleh mendapatkannya melalui pembelian atas-talian menerusi laman rasmi ANTA iaitu di https://my.anta.com/. Dapatkan koleksi kegemaran anda hari ini!