Mixue Memperkenalkan Minuman Berasaskan Kopi – Hanya Berharga RM5.50 Secawan

September 26, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Mixue, yang sebelum ini terkenal dengan ais krim dan minuman teh, kini memperkenalkan sesuatu yang baru – minuman berasaskan kopi.

Langkah ini dilihat sebagai usaha Mixue untuk memenuhi cita rasa penggemar kopi, sambil mengekalkan harga yang berpatutan sesuai dengan imej mereka sebagai jenama yang mesra poket.

Apa yang menjadikan penawaran kopi Mixue lebih menarik adalah variasi yang ditampilkan. Mixue memperkenalkan minuman dengan gabungan aiskrim iaitu Ice Cream Latte, Ice Cream Mocha dan Ice Crea Toffee Hazelnut Latte.

Dengan ini, ia memberikan pengalaman minum kopi yang lebih menarik dan kreatif, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza dari biasa.

Menerusi pengenalan minuman kopi ini, Mixue terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran minuman yang kompetitif. Sama ada anda peminat teh, ais krim, atau kopi, Mixue kini mempunyai sesuatu untuk semua orang. Minuman kopi terbaru ini pasti menjadi pilihan baru bagi mereka yang mencari gabungan rasa yang unik dan menyegarkan.

Adakah anda sudah mencubanya?

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd