Kad Pokémon Paling Mahal Dijual Dengan Harga $360,000 Di Lelongan Sotheby’s
Lina Rosli
Baru-baru ini, sebuah bidaan lelongan telah dilakukan oleh Sotheby’s di New York yang mana ia melibatkan lelongan bagi kad Pokemon yang dikeluarkan pada tahun 1998.
Untuk pengetahuan anda, ia merupakan kad “lllustrator” yang menampilkan karakter ikonik Pokemon iaitu Pikachu yang mana ia telah dijual pada harga mencecah $360,000 sekeping.

Menurut perkongsian, kad ini hanya mempunyai 39 salinan rasmi yang ada di seluruh dunia. Dan apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah disebabkan kad ini mempunyai tandatangan Takumi Akabane, merupakan salah seorang pengasas permainan kad Pokemon.
Kad ini seterusnya telah dihadiahkan kepada pemenang pertandingan melukis yang dianjurkan oleh majalah Jepun, CoroCoro Comic pada tahun 1998.
Dan ini merupakan kad Pokemon “Illustrator” yang termahal pernah dibida oleh pembeli. Sebelum ini, satu salinan lain dibeli pada harga $5.275 juta pada tahun 2021. Pembelian tersebut diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kad Pokémon termahal di dunia.
Sumber: Bernama