Bonia BNB10809 Ladies Chronograph Collection Tersedia Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,588

September 27, 2024
Fesyen

Maizuraa

Kita sedia maklum bahawa Bonia yang merupakan jenama fesyen berpangkalan di Malaysia telah melantik ahli kumpulan TWICE iaitu Nayeon sebagai duta jenama terbaru mereka. Jadi kerjasama ini sudah tentulah mempunyai peranan yang besar dalam mempromosikan pelbagai jenis produk Bonia termasuk jam tangan dengan konsep lebih kontemporari dan elegan.

Misalnya seperti BNB10809 Ladies Chronograph Collection baharu mereka yang menawarkan daya tarikan melangkaui batas fesyen semata-mata sehingga menjadi lambang kemewahan dan keanggunan. Koleksi baharu ini didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu Pink, White, Black, Brown dan Maroon. Diikuti juga penjenamaan BONIA bertujuan menjadikan ia tampak lebih eksklusif serta mahal apabila dipakai dengan padanan busana yang bersesuaian.

Elemen ekslusif pada penjenamaan BONIA ini menjadi lebih menyerlah apabila dipadankan dengan kristal berkilauan yang menghiasi keseluruhan bezel jam tangan. Kaca kristal nilam juga disertakan yang menjadi simbol kekuatan dan keanggunan sambil memastikan jam tangan mampu bertahan lama. Pada bahagian dalam dial jam tersebut juga dihiasi dengan permukaan kristal yang bersinar.

BNB10809 Ladies Chronograph Collection juga mempunyai kerangka bulat dengan saiz 27.5mm. Dalam masa sama diperbuat daripada bahan keluli tahan karat yang juga kalis air 5ATM. Harga jualan rasmi adalah bermula RM1,588 (Pink) dan RM1,788 (White, Black, Brown & Maroon). Ketersediaan bermula sekarang melalui pengedar sah Bonia sama ada secara dalam atau luar talian.

[info] Beli – [NAYEON BY BONIA] [/info]

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd