Carian
Maru Coffee Kini Hadir Dengan Kedai Kopi Yang Tersendiri Di Intercontinental Hotel
September 30, 2024 Lina Rosli

Maru Coffee, jenama kopi yang ditawarkan oleh myNews Malaysia kini membuka kedai kopi yang tersendiri di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur. Dengan suasana yang elegan dan reka susun yang lebih minimalis, kedai kopi ini menjanjikan pengalaman kopi yang lebih eksklusif buat para penggemar kopi tempatan dan antarabangsa.

Berada di lokasi yang strategik di tengah kota, Maru Coffee menawarkan pelbagai jenis minuman berasaskan kopi, daripada espresso yang pekat kepada minuman ais kisar yang menyegarkan.

Selain kopi, Maru Coffee turut menyediakan pilihan donburi dan juga makanan sedia makan yang sesuai untuk dinikmati bersama minuman kegemaran anda. Pelanggan boleh menikmati hidangan ini di ruang kafe yang direka dengan suasana yang moden namun selesa, sesuai untuk bersantai atau menjalankan perbincangan kasual.

Bagi yang mencari pengalaman kopi baharu oleh Maru Coffee, kunjung kedai kopi mereka di Intercontinental Hotel.

Komen