Doraemon Run 2024, Acara Larian Yang Mengimbau Kembali Kenangan Zaman Kanak-Kanak Anda

October 1, 2024
Famili

Lina Rosli

Khusus buat peminat siri animasi Doraemon, nampaknya anda mungkin berminat untuk menyertai acara Doraemon Run 2024 bakal tiba di Taman Metropolitan Kepong pada 29 Disember 2024 ini. Acara larian ini dijangka membawa anda mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak sambil bersenam bersama keluarga dan rakan.

Sama ada anda ingin menyertai acara larian yang lebih jauh sepanjang 7 km atau sekadar ingin berjalan santai sejauh 3.5 km, Doraemon Run menawarkan lebih daripada sekadar larian. Terdapat juga zon-zon foto khas yang disediakan untuk merakam kenangan bersama Doraemon dan rakan-rakannya.

Semua peserta akan menerima jersi rasmi Doraemon, bib perlumbaan, serta pingat dan e-sijil selepas menamatkan larian. Bagi peminat tegar, Pakej Premium dan Super Fans menawarkan barangan menarik seperti beg jinjing, mug dan keychain. Pendaftaran ‘Early Bird’ kini dibuka melalui laman rasmi JomRun.

Menurut JomRun, acara larian ini merupakan antara yang menarik kerana watak Doraemon adalah watak yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Watak ini menggamit nostalgia semua lapisan umur – selain acara ini turut menggabungkan elemen kesihatan dan keseronokan.

Pendaftaran ‘Early Bird’ kini dibuka dengan harga bermula daripada RM79.99 dan tamat pada 27 Disember 2024. Kit larian boleh diambil di Decathlon, Sri Damansara pada 28 Disember 2024. Setiap peserta juga akan menerima baucar RM10 daripada Decathlon.

Daftar sekarang di laman web rasmi JomRun atau muat turun aplikasi JomRun di App Store, Google Play, dan AppGallery.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd