BoonY & Co Memperkenalkan Tribiotics – Rumusan Prebiotik, Probiotik Dan Postbiotik Di Dalam Satu Sacet

October 2, 2024
Kesihatan

Lina Rosli

Dalam usaha mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia, BoonY & Co dengan kerjasama CARiNG Pharmacy telah melancarkan Tribiotics, suplemen inovatif yang menggabungkan kebaikan prebiotik, probiotik dan postbiotik.

Untuk pengetahuan anda, masalah kesihatan sistem pencernaan seringkali diabaikan oleh kebanyakan individu yang mana masalah ini sebenarnya telah menjadi isu utama bagi ramai golongan dewasa di Malaysia.

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan untuk tahun 2022, gangguan sistem pencernaan mencatatkan kedudukan ketiga dan kesembilan sebagai penyebab kemasukan ke hospital di hospital swasta dan awam.

Dan simptom atau gejala yang biasa dialami oleh individu yang mengalami masalah pencernaan termasuklah refluks asid, kembung perut, cirit-birit dan sembelit.

Tribiotics Merumuskan Prebiotik, Probiotik Dan Postbiotik Di Dalam Satu Sacet

Oleh itu, dengan kerjasama dengan beberapa pakar kesihatan di Malaysia, BoonY & Co menawarkan penyelesaian berasaskan tumbuhan yang merangkumi tiga jenis “biotik” utama: prebiotik, probiotik, dan postbiotik menerusi pelancaran Tribiotics.

Menurut pakar mikrobiom Malaysia, Prof. Madya Dr. Chong Chun Wie dari Sekolah Farmasi Monash University, serta Dr. Lee Yeong Yeh dari Universiti Sains Malaysia, ketiga-tiga biotik ini memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan usus.

Apa Itu Prebiotik, Probiotik, dan Postbiotik?

  1. Prebiotik – Sebatian tidak boleh dicerna yang terdapat dalam makanan tertentu yang mana ia berfungsi sebagai makanan bagi bakteria baik dalam usus.
  2. Probiotik – Bakteria baik yang wujud secara semulajadi dalam usus dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh.
  3. Postbiotik – Produk sampingan hasil daripada proses penapaian oleh probiotik, memberikan manfaat kesihatan tambahan seperti ciri-ciri antikeradangan.

Tribiotics dirumus khas untuk membantu mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan usus. Antara kelebihan pengambilan Tribiotics termasuklah:

  • Meningkatkan kesihatan usus dengan mengekalkan keseimbangan mikrobiom.
  • Meningkatkan fungsi imun, melindungi tubuh daripada jangkitan.
  • Ciri-ciri antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel.
  • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis melalui ciri-ciri antikeradangan.

Tribiotics Dihasilkan Daripada Sumber Tempatan – Yang Pertama Di Malaysia

Tribiotics berbeza dengan suplemen lain kerana mengandungi strain postbiotik yang terhasil daripada makanan tempatan Malaysia seperti tapai ubi dan tempe. Bahan-bahan tempatan ini bukan sahaja menyokong kesihatan usus tetapi juga menonjolkan kepentingan sumber semulajadi dalam suplemen kesihatan.

Tambah pakar juga, penggunaan bahan tempatan ini adalah bertujuan untuk memanfaatkan makanan tradisional di Malaysia sekaligus mengukuhkan hubungan antara kesihatan dan budaya tempatan.

Bukan itu sahaja, makanan seperti tapai ubi dan tempe kaya dengan nutrisi yang menyokong kesihatan, memberikan Tribiotics kelebihan yang lebih manfaat berbanding suplemen lain yang mungkin tidak menggunakan sumber semulajadi ini.

Siapakah Yang Boleh Mengambil Dan Mendapatkan Tribiotics?

Menurut BoonY & Co, Tribiotics sesuai untuk semua lapisan umur bermula 1 hingga 99 tahun, namun mereka tidak menggalakkan individu yang mengalami masalah usus yang ekstrem – kerana perlu mendapatkan rujukan daripada pakar kesihatan masing-masing.

Selain itu, individu yang mengalami masalah kesihatan berkaitan usus seperti refluks asid, kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Ia juga bermanfaat bagi dewasa yang mengalami stres, mereka yang mengambil antibiotik dan individu yang mengamalkan diet tidak seimbang.

Harus diingatkan, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan sebelum memulakan sebarang suplemen, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau yang sedang mengandung atau menyusukan.

Ketersediaan Di Pasaran

Tribiotics kini boleh didapati secara eksklusif di cawangan CARiNG Pharmacy terpilih pada harga RM99 sekotak (20 sacet), dan akan diperluaskan ke semua cawangan di seluruh negara dalam waktu terdekat.

BoonY & Co juga mengumumkan bahawa untuk setiap pembelian Tribiotics, RM2 akan disumbangkan kepada Teach For Malaysia, sebuah NGO yang komited dalam merapatkan jurang pendidikan untuk komuniti terpinggir.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd