Homesoy Memperkenalkan Variasi Minuman Tanpa Gula Baharu – Turut Melancarkan Kempen “Stop That Dot” Sempena Pinktober
Lina Rosli
Bulan Oktober, atau lebih dikenali sebagai Pinktober, ialah masa di mana kita memberi fokus kepada kesedaran dan sokongan terhadap kanser payudara.
Tahun ini, kempen “STOP THAT DOT” oleh Homesoy membawa mesej penting, mengingatkan kepada semua wanita tentang kepentingan pengesanan awal dan sokongan yang komited kepada setiap wanita yang berjuang dengan kanser payudara. Melalui kempen ini, Homesoy berhasrat untuk memperkasakan wanita dan inisiatif #ScanNowSpotEarly bertujuan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan.

Sokongan Melalui Produk Terbaru, Homesoy 3.0 Dan Program Pengesanan Awal Kanser
Menurut pakar kesihatan, pengesanan awal adalah langkah paling efektif, yang mana ia boleh menyelamatkan nyawa sekiranya tindakan awal diambil. Melalui kerjasama antara Ace Canning Sdn Bhd, iaitu syarikat induk Homesoy, dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), ia membantu individu lebih-lebih lagi wanita dalam mendapatkan bantuan tentang pengesanan awal dan seterusnya perlaksanaan proses pembedahan dan juga kimoterapi.
Selain daripada pengenalan inisiatif ini, Homesoy turut memperkenalkan produk baharu – susu soya tanpa gula yang mana menampilkan kandungan protein sekitar 60g dalam setiap Homesoy 3.0 1L.

Homesoy 3.0 tidak hanya sekadar susu soya yang berkhasiat, tetapi juga berfungsi sebagai sokongan kepada kesihatan wanita. Semua produk Homesoy, termasuk Homesoy 3.0, direka bagi menyediakan nutrisi yang baik kepada individu.

Menurut Profesor Dr. Cheong Sok Ching dari CRMY, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan soya berpotensi membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh isoflavon yang terkandung dalam soya, yang berfungsi sebagai fitoestrogen dan boleh membantu mengurangkan risiko kanser.
Soya dalam Homesoy 3.0, yang diformulasikan dengan protein soya yang lebih tinggi dan diperkaya dengan serat, kalsium, serta vitamin, memberi manfaat pemakanan tambahan kepada wanita.

Saringan Dan Pengesanan Awal – Usaha Mempromosikan Kesedaran
Bukan itu sahaja, kempen ini juga melibatkan kerjasama dengan lebih daripada 20 hospital swasta untuk menawarkan pek susu Soya Homesoy 3.0 secara percuma kepada mereka yang mendaftar untuk saringan payudara sepanjang tempoh kempen.
Selain itu, dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi, Homesoy memastikan mesej kesihatan ini sampai kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Setiap wanita digalakkan untuk mengutamakan kesihatan mereka dengan menjalani ujian saringan payudara. Melalui kempen ‘STOP THAT DOT’, Homesoy menyeru semua untuk menyertai gerakan ini, sama ada dengan menggalakkan orang tersayang menjalani saringan, berkongsi mesej di media sosial, atau menyokong kempen ini dengan apa cara sekalipun.
Pengesanan awal bukan sahaja penting – ia juga dapat menyelamatkan nyawa. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “STOP THAT DOT”, layari laman rasmi Homesoy.