Pernahkah berlaku kepada anda di mana sewaktu ingin membeli secawan kopi di cawangan FamilyMart, anda terpaksa menunggu berminit-minit disebabkan oleh situasi kaunter bayaran yang sibuk?
Jika ya, nampaknya, selepas ini anda tidak perlu risau lagi kerana, terdapat beberapa cawangan FamilyMart telah mula hadir dengan pengenalan kaunter ‘Tap & Go Coffee’.


Bagi yang tidak mengetahui, kaunter ‘Tap & Go Coffee’ ini menawarkan kepada pelanggan pilihan untuk mendapatkan kopi dengan tanpa perlu beratur di kaunter bayaran Oden. Di kaunter ini, ia menawarkan pilihan pembayaran menggunakan kad debit dan juga kad kredit.
Berikut adalah pilihan kopi yang tersedia di ruang ‘Tap & Go Coffee’:
- Hot Americano – RM2.90 (R), RM5.90 (L)
- Iced Americano – RM5.90 (R)
- Hot Latte – RM3.90 (R), RM6.90 (L)
- Iced Latte – RM6.90 (R)
- Hot Cappuccino – RM3.90 (R), RM6.90 (L)
Jadi, lain kali apabila anda ingin mendapatkan kopi di FamilyMart, anda boleh terus melakukan pembelian di kaunter ‘Tap & Go Coffee’ untuk pengalaman yang lebih mudah dan pantas.