Xiaomi 14T Pro – Peneman Setia Untuk Setiap Momen Manis Anda

October 3, 2024
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Bayangkan anda sedang menikmati waktu petang di sebuah kafe, ditemani secawan kopi yang menyegarkan dan sepotong kek yang membahagiakan anda. Ditemani dengan cahaya matahari yang lembut menyinari meja, memberikan suasana yang sempurna untuk mengambil gambar. 

Dengan Xiaomi 14T Pro di tangan, saya kini boleh merakam momen-momen ini dengan hasil yang luar biasa, tidak kira dalam keadaan cahaya yang rendah atau suasana yang sibuk.

Fotografi Di Dalam Kafe

Sudah menjadi hobi saya pada setiap hujung minggu, saya akan mencari kafe-kafe baharu yang boleh diterokai – demi mendapatkan sekeping gambar yang sesuai untuk dimuat naik di dalam Instagram. Dan apabila tiba di kafe yang dipilih, saya tidak akan terlepas untuk merakam reka susun dan juga sajian hidangan yang ditampilkan di setiap kafe. 

Dalam suasana yang mungkin kurang cahaya seperti di dalam kafe, lensa Leica Summilux pada Xiaomi 14T Pro ini benar-benar berfungsi baik dalam memastikan hasil gambar yang dirakam sepadan dengan apa yang dilihat secara realiti. 

Sebagai bukti, berikut adalah gambar pastri yang tersedia di kaunter, dan hasilnya cukup memukau—setiap butiran dan tekstur kerak dan toppings pada permukaan makanan kelihatan begitu jelas.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi 14T Pro ini menawarkan kamera dengan sistem tiga lensa Leica bertaraf profesional pada bahagian belakangnya dan ini sekaligus menawarkan pengalaman fotografi yang benar-benar menakjubkan. 

Setiap lensa dalam sistem ini memiliki bukaan besar dan kualiti optik yang luar biasa, meliputi panjang fokus yang setara dengan 15mm, 23mm, 46mm, 60mm dan 120mm.

Tidak hanya itu, Xiaomi 14T Pro juga menggunakan teknologi In-Sensor-Zoom, yang membolehkan kamera utama 23mm dan lensa telefoto 60mm memperluaskan keupayaannya melalui proses pemotongan imej. Hasilnya, ia membolehkan lebih banyak cahaya masuk selain turut memastikan gambar yang diambil dalam keadaan cahaya rendah tetap terang dan jelas. 

Kelebihan ini sangat membantu apabila saya ingin menangkap momen-momen manis di dalam kafe, tanpa perlu bimbang tentang kekurangan cahaya.

Gambar Makanan Yang Sempurna

Salah satu ritual kegemaran saya ketika di kafe adalah merakam gambar makanan. Dengan Xiaomi 14T Pro, saya dapat menyimpan memori bagi setiap hidangan dengan warna yang hidup dan menarik, walaupun dalam pencahayaan yang kurang sempurna. Hidangan kelihatan begitu segar dan menggiurkan, seolah-olah ia baru disediakan di depan mata.

Xiaomi 14T Pro dilengkapi dengan sensor imej Light Fusion 900– ia memainkan peranan penting dalam memastikan setiap hidangan untuk kelihatan lebih estetik. Apa yang menarik perhatian saya adalah warna gambar yang dihasilkan oleh lensa ini ditampilkan dengan baik, menjadikan gambar makanan di atas meja tampak lebih lazat.

Sebagai contoh, saya mengambil gambar sepinggan pasta yang baru sahaja dihidangkan. Walaupun keadaan cahaya di dalam kafe agak malap, hasil gambar yang diambil menggunakan Xiaomi 14T Pro sangat memuaskan. Tekstur pasta, warna sos, dan hiasan herba kelihatan begitu jelas dan tajam, seolah-olah gambar tersebut diambil oleh jurugambar profesional.

Potret Dan Fotografi Jalanan

Tidak lengkap rasanya jika tiada gambar potret anda selepas menikmati hidangan lazat di kafe. 

Untuk gambar individu ini, saya boleh katakan lensa 23mm dari Xiaomi 14T Pro ini melakukan tugasnya dengan baik. Setiap gambar yang diambil kelihatan seolah-olah diambil oleh jurugambar profesional—yang mana anda boleh melihat beberapa momen spontan ketika sedang bergelak ketawa, ataupun sewaktu sedang mengatur posisi untuk bergambar di hadapan kafe kelihatan lebih bermakna.

Gambar juga kelihatan lebih fokus dengan latar belakang yang lembut, menjadikannya sangat sesuai untuk dikongsi di media sosial. Tidak kira sama ada anda mengambil gambar dari jarak dekat ataupun jauh, Xiaomi 14T Pro memastikan setiap gambar yang diambil mempunyai kualiti yang memuaskan.

Xiaomi 14T Pro juga menawarkan kelebihan apabila saya ingin menangkap gambar bangunan dan juga pemandangan – yang mana telefon pintar ini dilengkapi dengan lensa 120mm telefoto. Di bawah ini adalah hasil gambar bagi arkitektur moden di tengah bandar yang kelihatan menarik.

Walaupun ia diambil dari jarak jauh, akan tetapi hasilnya masih lagi mengagumkan—setiap butiran pada bangunan tersebut kelihatan jelas, dengan kesan perspektif yang menarik yang memberikan gambar tersebut dimensi yang unik.

Gaya Hidup Moden Dengan Sentuhan Sinematik

Selain merakam momen-momen di kafe, saya turut membawa telefon pintar dari Xiaomi ini iaitu Xiaomi 14T Pro ke taman berhampiran. Menggunakan lensa 23mm dan 60mm, saya merakam gambar lampu dan air pancut pada waktu malam yang meriah. Disebabkan suasananya gelap, anda boleh melihat kontras antara lampu dan juga langit malam. Bukan itu sahaja, lensa ini membolehkan saya memotret reka bentuk taman sekaligus memberikan gambaran kawasan tersebut secara menyeluruh.

Saya juga sempat mencuba lensa 50mm Swirly Bokeh Lens yang mana ia menampilkan gambar dengan kesan bokeh yang berputar. Dengan lensa ini, ia menambah dimensi artistik pada gambar sekaligus membezakan setiap detik dan mencipta keindahan visual yang unik. 

Untuk gambar yang memerlukan sentuhan lembut dan romantik 90mm Soft Focus Lens. Ia menjadikan setiap imej kelihatan lebih memikat selain turut menambahkan elemen estetik yang sinematik.

Menghidupkan Momen Dengan Xiaomi 14T Pro

Tidak kira sama ada anda mengambil gambar potret, makanan, atau suasana di jalanan, Xiaomi 14T Pro bersama Leica memastikan setiap momen dirakam dengan sentuhan sinematik yang memukau. 

Saya tidak perlu risau tentang pencahayaan ataupun mungkin mempunyai objek yang sesak di kawasan sekitar—telefon pintar ini direka untuk menangkap kecantikan dalam setiap momen, menjadikan hari-hari biasa anda lebih istimewa.

Jadi, jika anda seorang yang gemar merakam gambar, Xiaomi 14T Pro adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Dengan keupayaan kamera yang canggih dan reka bentuk yang elegan, telefon ini membolehkan anda mencipta karya seni dari setiap detik dalam hidup anda. Setiap gambar yang diambil bukan sahaja memaparkan apa yang anda lihat, tetapi juga menceritakan kisah hidup anda dengan cara yang indah.

Bagi yang berminat, harga jualan yang ditawarkan adalah bermula dari RM1,899 hingga RM3,499. Jadi, jika anda ingin menjadi antara yang bergaya di media sosial anda, anda boleh mula mendapatkan siri Xiaomi 14T di pengedar rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia, di laman web mi.com, atau di kedai atas talian rasmi mereka di Shopee dan Lazada. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd