Pelindung matahari merupakan produk penjagaan kulit yang amat penting untuk melindungi kulit daripada kesan berbahaya sinaran matahari, terutamanya sinaran UVA dan UVB.
Ini kerana sinaran UVA boleh menyebabkan penuaan pramatang, manakala sinaran UVB boleh menyebabkan pembakaran kulit. Kedua-dua jenis sinaran ini juga menyumbang kepada risiko kanser kulit jika pendedahan berlaku secara berlebihan. Dengan perlindungan SPF 50+ dan PA++++, pelindung matahari membantu mengurangkan risiko kerosakan kulit serta mengekalkan kesihatan kulit dalam jangka masa panjang.
Memfokuskan kepada penjagaan kulit yang optimum, Sunplay kini tampil dengan produk terbaharunya yang mesra alam dan sesuai untuk mereka yang aktif di luar rumah – Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion.

Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion dirumus khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan kulit dan kelestarian alam sekitar. Dengan perlindungan penggunaan bahan yang berkualiti dan mesra alam, losyen ini memastikan kulit anda terlindung sepenuhnya daripada sinaran UVA dan UVB – selain turut menjaga kulit daripada cahaya biru dan cahaya inframerah yang semakin menjadi ancaman terhadap kesihatan kulit dalam era digital ini.
Namun, apa yang benar-benar membezakan Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion adalah komitmennya terhadap alam sekitar. Pelindung matahari ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti Oxybenzone dan Octinoxate – dua bahan yang sering dikaitkan dengan kerosakan terumbu karang. Dengan formula ini, Sunplay berusaha untuk meminimumkan kesan negatif pelindung matahari terhadap ekosistem marin.

Tidak seperti pelindung matahari fizikal lain yang sering meninggalkan kesan memutihkan pada kulit, Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion menggunakan teknologi InvisShield untuk memberikan kemasan yang telus dan ringan. Selain itu, dilengkapi dengan zink oksida bukan nano, ia turut membentuk penghalang pelindung pada permukaan kulit untuk memantulkan sinaran UV tanpa menyumbat pori-pori atau merosakkan hidupan marin.
Ini menjadikan Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion pilihan yang ideal untuk mereka yang mahukan perlindungan yang selesa tanpa kompromi terhadap penampilan atau persekitaran.
Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion – Sesuai untuk Semua Jenis Kulit, Terutama Kulit Sensitif
Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, memilih pelindung matahari boleh menjadi cabaran. Namun, dengan formula fizikal yang 100% bebas bahan kimia berbahaya, Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion memberikan perlindungan UV yang lembut dan selamat.
Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif, tanpa risiko iritasi atau reaksi alergi yang sering disebabkan oleh bahan kimia dalam pelindung matahari biasa.

Teknologi EcoProtect: Komitmen terhadap Kelestarian Laut
Bukan sekadar melindungi kulit anda, Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion juga dilengkapi dengan Teknologi EcoProtect yang direka untuk melindungi ekosistem marin kita yang berharga.
Setiap kali anda memakai pelindung matahari ini, anda menyumbang kepada usaha menjaga terumbu karang yang sangat penting untuk mengekalkan biodiversiti hidupan laut.
Kombinasi inovasi dan komitmen terhadap alam sekitar menjadikan Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion sebagai pilihan bijak dan bertanggungjawab untuk sesiapa yang aktif di pantai atau suka bersukan di kawasan terbuka.