UNIQLO Memperkenalkan Koleksi PUFFTECH Baharu Yang Menggabungkan Keselesaan, Gaya Dan Teknologi

October 7, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari perjalanan dan juga penggembaraan ke tempat sejuk, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan koleksi baju sejuk baharu – bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan.

Untuk pengetahuan anda, UNIQLO baru-baru ini hadir dengan penawaran terbaru untuk koleksi PUFFTECH.

Bagi yang tidak mengetahui tentang PUFFTECH ini, ia merupakan penawaran terbaru dari UNIQLO yang menyediakan pilihan jaket ataupun outerwear yang diperbuat daripada serat sintetik khas yang memberikan kehangatan yang optimum kepada si pemakai.

Bukan itu sahaja, PUFFTECH juga diperbuat daripada serat dan kapas yang ringan menjadikannya pilihan yang terbaik untuk pengembaraan ke tempat yang sejuk untuk tempoh yang lama. Menurut UNIQLO, nama PUFFTECH ini adalah gabungan puffiness dan technology yang mencerminkan inovasi daripada Jepun dalam menghasilkan struktur pengisian yang mampu menahan udara dengan lebih berkesan.

Antara ciri-ciri PUFFTECH yang perlu anda ketahui adalah:

#1 Serat Atau Kapas Yang Bebas Bulu Semula Jadi

PUFFTECH adalah koleksi outerwear yang menggunakan padding inovatif tanpa menggunakan bulu semula jadi.

Padding ini diperbuat daripada dua jenis serat kimia yang meniru struktur bulu – ia juga menampilkan serat ultra-halus berbentuk gelung. Dengan ini, ia mampu menangkap lapisan udara, sekaligus memberikan penebatan yang tinggi dan kehangatan yang baik.

#2 Penjagaan Mudah

Produk PUFFTECH boleh dicuci dengan mudah di rumah dan mengering lebih cepat berbanding jaket bulu, menjadikannya lebih praktikal dan mengurangkan masalah outerwear yang sukar dicuci secara kerap.

#3 Sesuai untuk Perubahan Cuaca

PUFFTECH mengekalkan kehangatannya walaupun dalam keadaan lembap, seperti hujan atau kabus, malah dalam kelembapan lebih dari 90%.

Kain luar yang kalis air juga membolehkan anda menghadapi hujan ringan dengan selesa. Tambahan pula, teknologi ini ringan dan tidak tebal, menjadikannya sesuai untuk cuaca yang tidak menentu serta peralihan antara suhu dalam dan luar.

#4 Kurang Kebimbangan Tentang Kebocoran Padding

Berbanding dengan jaket bulu, struktur unik serat PUFFTECH mengurangkan risiko padding terkoyak atau bocor – dan kemudian melekat pada pakaian lain.

#5 Rekaan Bergaya

Teknologi baru ini membolehkan lebih banyak pilihan corak quilt berbanding jaket bulu tradisional, dengan pelbagai rekaan menarik seperti corak berlian, blok dan lain-lain. Ini menjadikan PUFFTECH bukan sahaja berfungsi tetapi juga bergaya.

Koleksi PUFFTECH Musim Luruh/Sejuk 2024

Koleksi PUFFTECH kali ini menampilkan pelbagai pilihan outerwear yang sesuai untuk perjalanan pada musim sejuk dengan lebih selesa dan gaya. Teknologi padding yang inovatif ini bukan sahaja memberikan kehangatan tetapi juga memudahkan pergerakan dan menyesuaikan diri dengan perubahan suhu.

PUFFTECH merupakan usaha UNIQLO untuk membawa outerwear ke tahap baru, yang bukan sahaja praktikal tetapi juga selesa dan sesuai untuk pelbagai gaya hidup.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd