Carian
Ciri Derma Di Aplikasi ZUS Coffee Telah Berjaya Mengumpul Dana Sebanyak RM100,000 – Akan Disalurkan Kepada Tabung Gaza
October 8, 2024 Lina Rosli

ZUS Coffee telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 melalui ciri derma dalam aplikasi ZUS, yang diperkenalkan pada Ogos lalu.

Dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), dana ini akan disalurkan kepada Tabung Gaza yang mana ia bertujuan untuk menyediakan makanan panas, ubat-ubatan serta bekalan air untuk membantu mangsa pengepungan di Gaza.

Inisiatif ini menandakan permulaan komitmen ZUS Coffee untuk memperluaskan sokongannya kepada komuniti tempatan dan antarabangsa. Menurut ZUS Coffee, pengumpulan dana ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu komuniti ZUS.

Melalui teknologi, setiap pembelian kopi boleh membawa perubahan yang bermakna. Pelanggan boleh menderma bermula dari RM1, menjadikan sumbangan lebih mudah diakses. Malah, inisiatif ini berjaya menggalakkan ramai pengguna ZUS untuk turut serta dalam usaha kemanusiaan tersebut.

Komen