Carian
Bagaimana Cara Memeriksa Sama Ada Buah Yang Anda Beli Mempunyai Lilin Atau Tidak?
October 10, 2024 Lina Rosli

Apabila anda melihat buah-buahan di pasaraya ataupun di kebanyakan kedai buah-buahan, pastinya anda akan mendapati di mana buah yang diletakkan di atas rak kelihatan berkilat dan menyerlah.

Ini berikutan buah-buahan tersebut telah dilapisi dengan lilin yang mana ia digunakan untuk melindungi dan mengekalkan kesegaran buah. Namun, ada juga keadaan di mana para pekedai hanya menyapu sedikit minyak pada bahagian kulit – yang mana ia turut memberikan kesan yang sama iaitu kesan kilauan pada buah.

Untuk memastikan buahan-buahan yang ada beli dan dapat dikedai ini selamat untuk dimakan, pastikan anda memeriksa dahulu bahagian luar buah – yang mana anda perlu membasuh dan membersihkannya terlebih dahulu sebelum mula menyediakannya kepada orang luar.

Semestunya, ramai pengguna bimbang tentang keselamatan lilin ini. Jadi, bagaimana kita boleh memeriksa sama ada buah tersebut disapu dengan lilin atau tidak?

#1 Tesktur Buah

Lilin yang disapu pada buah kadang-kadang boleh memberikan tekstur yang pelik pada permukaannya. Jika anda rasa buah itu sedikit licin atau berlapis, ia mungkin mengandungi lilin.

Untuk memeriksanya, anda boleh cuba gores sedikit permukaan buah menggunakan kuku anda. Jika terdapat lapisan yang kelihatan seperti plastik atau lilin yang keluar, ini adalah tanda bahawa buah tersebut dilapisi lilin.

#2 Cuba Cuci Buah Dengan Air Panas

Salah satu cara mudah untuk memeriksa lilin pada buah adalah dengan mencucinya menggunakan air suam. Ambil buah dan rendam atau basuh dengan air suam selama beberapa minit. Lilin pada buah biasanya akan mula terlerai atau kelihatan seperti lapisan yang terapung pada permukaan air.

#3 Gunakan Serbuk Penaik Atau Cuka

Jika anda ingin lebih pasti, boleh cuba menggunakan campuran soda penaik atau cuka semasa mencuci buah. Kemudian, gosok buah dengan soda penaik yang dicampur dengan air, atau rendam dalam air yang dicampur dengan cuka.

Setelah anda membersihkannya, anda akan melihat lilin pada buah yang mula larut atau keluar daripada permukaan buah.

Selain itu, kebiasaannya, sesetengah buah yang dilapisi lilin mungkin akan dilabelkan pada pembungkusan atau pada tanda harga di pasar raya. Perhatikan label seperti “dilapisi lilin” atau “wax-coated”.

Kenapa Lilin Digunakan Untuk Melindungi Buah-Buahan Ini?

Lilin digunakan pada buah untuk membantu mengekalkan kelembapan, melindungi buah daripada kotoran atau perosak dan memanjangkan jangka hayat buah. Lilin yang digunakan biasanya selamat untuk dimakan, namun, sesetengah pengguna mungkin lebih selesa mencuci lilin tersebut sebelum dimakan.

Harus diingatkan, walaupun lilin yang digunakan selamat, mencuci buah dengan teliti atau memilih buah organik tanpa lilin adalah pilihan yang baik untuk mereka yang lebih berhati-hati tentang kesihatan.

Komen