Organon Memperkenalkan RosuZet – Terapi Kombinasi Terbaru Untuk Menurunkan Paras Kolesterol LDL
Lina Rosli
Organon, sebuah syarikat penjagaan kesihatan global, telah melancarkan RosuZet yang merupakan terapi kombinasi dos tetap 2-dalam-1 yang menggabungkan rosuvastatin dan ezetimide. Produk ini bertujuan membantu pesakit menurunkan paras kolesterol LDL (LDL-C), yang sering dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular.
RosuZet bekerja melalui dua mekanisme iaitu rosuvastatin menghalang biosintesis kolesterol, manakala ezetimide mengurangkan penyerapan kolesterol dari usus. Dengan gabungan ini, RosuZet menawarkan alternatif lebih intensif berbanding rawatan monoterapi statin untuk pesakit yang menghadapi kesukaran mengawal tahap LDL-C mereka.

Pelancaran RosuZet bertepatan dengan Hari Jantung Sedunia yang mana menggalakkan masyarakat Malaysia dalam menjaga dan memantau kesihatan jantung, khususnya paras kolesterol. Pengarah Eksekutif Organon Malaysia, Bilal Somra, menyatakan bahawa RosuZet bukan sahaja membantu merawat penghidap kolestrol, tetapi turut memberikan pilihan rawatan yang lebih mudah untuk dijalankan oleh pesakit.

Bagi yang ingin mendapatkan RosuZet, ia kini boleh didapati di klinik, hospital dan farmasi dengan pengawasan pakar kesihatan. Jika anda mengalami hiperlipidemia, berundinglah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.