Apa Itu Kopi Geisha? Jom Terokai Keunikan Profil Rasa Biji Kopi Geisha Plus & Geisha Black Di HWC Coffee

October 11, 2024
fakta menarik

Lina Rosli

Kopi Geisha (atau Gesha) adalah salah satu jenis kopi yang digemari oleh kebanyakan penggemar kopi di dunia kerana rasa dan aromanya yang unik. Ia terkenal dengan kehalusan rasa serta profil rasa yang kompleks yang sering menggambarkan nota floral dan buah-buahan.

Dan baru-baru ini, HWC Coffee telah memperkenalkan tawaran terbaru mereka iaitu siri minuman kopi baharu yang menggunakan biji kopi Geisha Plus dan Geisha Black. Ia merupakan dua biji kopi khas yang menjanjikan pengalaman kopi yang lebih menarik.

Sebelum menerokai lebih lanjut tentang siri minuman baharu daripada HWC, mari kita lihat dulu sedikit sebanyak perkara mengenai kopi Geisha.

Asal Usul Kopi Geisha

Kopi Geisha atau Geisha Coffee berasal dari Ethiopia – turut dikenali sebagai “Gesha.” Pada awalnya, ia ditanam di kawasan Hutan Gori Gesha di Ethiopia pada tahun 1930-an. Namun, jenis kopi ini tidak mendapat perhatian yang luas sehingga ia dibawa ke Panama pada tahun 1960-an.

Ketika ia ditanam di Panama, terutama di kawasan Boquete, kopi Geisha mula mendapat pengiktirafan global. Kualiti tinggi dan rasa yang unik menarik perhatian penggemar kopi, dan ia menjadi salah satu varieti yang paling mahal dan dicari di pasaran kopi.

Ciri-ciri Unik Kopi Geisha

Kopi Geisha dikenali dengan beberapa ciri khas:

  1. Profil Rasa: Kopi ini sering mempunyai profil rasa yang lembut kerana ia hadir dengan nota floral seperti bunga melati dan buah-buahan seperti peach dan bergamot. Rasa manis yang seimbang dan keasidan yang tinggi membuatkan kopi Geisha sangat disukai oleh peminat kopi.
  2. Proses Penanaman: Penanaman kopi Geisha memerlukan perhatian yang tinggi terhadap teknik pertanian dan pemilihan lokasi. Biasanya, ia ditanam pada ketinggian yang tinggi, di mana cuaca dan tanah yang sesuai membantu menghasilkan biji kopi berkualiti tinggi.
  3. Pengeluaran Terhad: Kopi Geisha dihasilkan dalam kuantiti yang terhad, menjadikannya salah satu jenis kopi yang paling eksklusif. Proses pengumpulan dan pengeringan biji kopi juga memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mengekalkan rasa asal.
  4. Harga Tinggi: Disebabkan permintaan yang tinggi dan pengeluaran yang terhad, kopi Geisha sering dijual pada harga yang tinggi.

HWC Coffee Memperkenalkan Geisha Plus & Geisha Black

Di HWC Coffee, anda boleh mengalami perbezaan rasa kopi menerusi pengalaman menikmati kopi Geisha Plus dan Geisha Black. Untuk mengetahui perbezaan di antara kedua biji kopi ini:

Geisha Plus – Satu Sentuhan Unik

Diperoleh dari kawasan tinggi di Ethiopia dan Colombia, Geisha Plus menawarkan pengalaman rasa yang kaya tetapi halus. Biji kopi khas ini ditanam pada ketinggian antara 1800 hingga 2200 meter di atas permukaan laut. Ia diproses melalui kaedah fermentasi anaerobik yang menonjolkan rasa gabungan kopi dengan osmanthus, peach, jem strawberi dan oren serta sentuhan lembut rasa gula-gula anggur.

Tersedia dalam tiga variasi Americano, Latte dan Pour Over – Geisha Plus menawarkan pelbagai pilihan bagi mereka yang ingin meneroka pengalaman kopi premium.

Geisha Black – Kopi Dengan Rasa Yang Lebih Berani

Bagi mereka yang lebih suka pengalaman kopi yang lebih berani, Geisha Black memberikan rasa yang kuat dan kaya tanpa mengorbankan nota elegan yang menjadi ciri bijian Geisha. Campuran ini dihasilkan untuk memberikan rasa yang lebih dalam dan penuh, menjadikannya ideal untuk penggemar espresso dan mereka yang menikmati secawan kopi yang kuat.

Mengapa Memilih Geisha Plus dan Geisha Black?

Sama ada anda menikmati secawan Geisha Plus dengan nota floral yang lembut atau pengalaman kaya dan penuh badan Geisha Black, HWC Coffee komited dalam menawarkan kepada anda untuk menemui pengalaman kopi khas yang terbaik.

Untuk pesanan, anda boleh pesan sama ada di kedai fizikal HWC Coffee berdekatan anda, atau beli secara atas talian di aplikasi HWC Coffee:

  • Geisha Plus Americano – RM10.90 (H), RM12.90 (C)
  • Geisha Plus Latte – RM12.90 (H), RM12.90 (C), RM13.90(U)
  • Geisha Plus Bean (12g) – RM12.00
  • Geisha Plus bean (227g) – RM110.00

Kopi Geisha bukan hanya sekadar minuman, tetapi juga merupakan pengalaman yang unik bagi pencinta kopi. Dari asal usulnya di Ethiopia hingga pengiktirafannya di seluruh dunia, kopi Geisha terus menjadi simbol kualiti dan keunikan dalam industri kopi.

Jika anda seorang peminat kopi, mencuba secawan kopi Geisha adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd