MUJI Mid Valley Megamall Kini Lebih Besar, Lebih Meriah – Menawarkan Kaunter Kopi Dan Juga Kaunter Gelato Kepada Pelanggan
Lina Rosli
MUJI, jenama terkenal dari Jepun yang selalu mengutamakan rekaan minimalis dan kualiti produk, kini hadir dengan wajah baru di Mid Valley Megamall.
Setelah melalui proses pembesaran dan penambahbaikan, kedai MUJI di Mid Valley kini tampil lebih luas dan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik untuk para pelanggannya. Menariknya, selain produk rumah, perabot dan pakaian, MUJI kini turut memperkenalkan kaunter kopi serta kaunter gelato untuk melengkapkan pengalaman berbelanja anda.

Kedai Lebih Luas Dengan Rekaan Minimalis
MUJI Mid Valley Megamall yang baru ini tampil dengan ruang yang lebih besar, menawarkan pelbagai produk yang lengkap untuk memenuhi keperluan harian anda.
Rekaan dalamannya yang minimalis tetap membawa identiti MUJI, dengan suasana yang tenang dan kemas, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih selesa.

Dengan ruang yang lebih luas, pelanggan dapat menghabiskan masa menjelajahi pelbagai produk MUJI seperti alat tulis, perabot, barangan dapur, hingga pakaian kasual.
Nikmati Secawan Kopi di Kaunter Kopi MUJI
Bagi para pencinta kopi, ini adalah peluang untuk menikmati secawan kopi berkualiti sebelum keluar dari perkarangan Mid Valley.
Selain kopi, di kaunter kopi ini juga turut hadir dengan penawaran minuman lain seperti Iced Matcha Latte, Iced Chocolate dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, anda juga boleh mencuba pastri dan juga manisan lain yang tersedia bagi melengkapkan hidangan makan anda.
Kaunter Gelato Untuk Pengalaman Manis Di MUJI
Bukan itu sahaja, MUJI juga memperkenalkan kaunter gelato yang menyediakan pelbagai pilihan rasa gelato yang menyegarkan. Rasa-rasa yang ditawarkan mencerminkan citarasa Jepun yang unik – disediakan sama ada untuk pengalaman makan di kedai ataupun di dalam pek bawa pulang.

Pembukaan semula MUJI di Mid Valley Megamall ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak produk dan ruang, tetapi juga pengalaman baru yang lebih menarik. Dengan adanya kaunter kopi dan gelato, pelanggan kini boleh menikmati lebih dari sekadar pengalaman membeli-belah. Ini menjadikan MUJI Mid Valley bukan sahaja sebagai destinasi untuk mencari barangan berkualiti tinggi tetapi juga tempat untuk berehat dan menikmati saat-saat istimewa.
Jadi, jika anda berada di sekitar Mid Valley, jangan lupa untuk singgah di MUJI yang kini lebih besar dan lebih meriah ini. Nikmati kopi yang harum, gelato yang menyegarkan, dan suasana membeli-belah yang santai di MUJI Mid Valley Megamall!