Secret Recipe, jenama kegemaran ramai untuk kek dan pencuci mulut, kini memperkenalkan kek terbarunya iaitu Hazelnut Chocolate.
Bagi penggemar kek coklat, kek ini menampilkan lapisan coklat yang kaya, lembut dan penuh dengan rasa, dihiasi dengan kacang hazelnut rangup pada bahagian luar yang menambahkan tekstur unik pada setiap gigitan.

Lebih daripada sekadar kek, Secret Recipe turut menawarkan variasi pilihan pastri untuk dinikmati oleh para pelanggan. Antara yang menarik perhatian termasuk croissant pelbagai perisa dan juga tart yang dihasilkan dengan ramuan berkualiti. Setiap pastri ini disediakan segar setiap hari bagi memastikan kualiti dan rasa yang terbaik.
Namun, penawaran pastri ini terhad di beberapa cawangan terpilih iaitu di:
- SR @ ONE UTAMA (BU2)
- SR @ AEON MALL CHERAS SELATAN
- SR @ SUNWAY PYRAMID
- SR @ SETAPAK CENTRAL (KL FESTIVAL CITY)
- SR @ KINTA CITY
- SR @ AEON MALL IPOH STATION 18
- SR @ VILLAGE MALL, SUNGAI PETANI
- SR @ TROPICANA GARDENS MALL
- SR @ CITTA MALL
- SR @ KLCC
- SR @ TAMAN SRI GOMBAK
- SR @ PANDAN INDAH
- SR @ POKOK SENA, KEDAH
- SR @ E-GATE
- SR @ ALL SEASONS PLACE

Bagi yang ingin mencari kelainan, Hazelnut Chocolate ini sesuai dinikmati bersama kopi atau teh pilihan anda, menjadikannya teman sempurna untuk sesi lepak atau rehat sejenak di kafe. Untuk pengetahuan anda, kek Hazelnut Chocolate ini dijual pada harga RM142 sebuah kek dan RM13.50 pula untuk sepotong kek.
Jadi, kunjungi cawangan Secret Recipe berhampiran anda untuk mencuba sendiri kek baharu ini serta menikmati pilihan pastri yang ditawarkan.