Sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama cat terkemuka di pasaran, Jotun baru-baru ini melancarkan program penyelenggaraan hartanah. Program ini bukan sahaja memastikan bangunan kekal kukuh, tetapi juga mengekalkan penampilan luaran yang menarik.
Dengan set prosedur yang menyeluruh, program ini merangkumi penilaian dan pengesanan kecacatan, penyediaan penyelesaian, serta tip penyelenggaraan untuk penjagaan terbaik. Melalui pendekatan ini, Jotun bertujuan untuk mengurangkan kos jangka panjang melalui penyelenggaraan yang bijak sambil mengekalkan rupa estetik hartanah.
Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan dalam program ini ialah pengecatan semula bangunan dan hartanah. Dengan perkhidmatan ini, pasaran hartanah dapat ditingkatkan nilai jualannya, memastikan ia sentiasa selari dengan trend dan kehendak pasaran.
Menerusi penyelenggaraan yang rapi juga, ia dijangka akan mengekalkan identiti bangunan atau memberikan sentuhan warna baharu, penting dalam menarik penyewa dan meningkatkan nilai jualan atau sewaan semula.
Jotun Eagle Eye Building Inspection – Inovasi Terbaru untuk Penyelenggaraan Bangunan
Dalam pada itu, Jotun memahami cabaran pemilik hartanah di dalam mengesan kerosakan untuk bangunan yang tinggi, dan inovasi terbaru mereka dirancang untuk mengatasi cabaran ini dengan teliti.
Sebagai sebahagian daripada program ini, Jotun memperkenalkan Jotun Eagle Eye Building Inspection, perkhidmatan inovatif yang menggunakan teknologi dron canggih. Dengan teknologi ini, Jotun berupaya untuk mengubah cara penyelenggaraan hartanah, menangani isu-isu yang sering dihadapi oleh pemilik bangunan.
Dron ini dilengkapi dengan fungsi imejan terma canggih dan kamera definisi tinggi yang mampu mengenal pasti kecacatan struktur yang tersembunyi, termasuk corak kelembapan, masalah penebatan, dan lain-lain isu yang sukar dikesan.
Salah satu kelebihan utama penggunaan dron ini adalah ia mengurangkan risiko pemeriksaan manusia di ketinggian yang melebihi dari satu tingkat, sekali gus meningkatkan keselamatan pekerja. Selain itu, pemilik hartanah juga dapat menikmati penjimatan kos yang besar dengan tidak perlu menggunakan perkhidmatan yang mahal.
Seterusnya, Jotun turut menyediakan perkhidmatan menyeluruh yang merangkumi langkah-langkah semasa dan selepas aplikasi. Selepas pemeriksaan dan analisis menggunakan dron, Jotun menyediakan konsultasi warna sebelum penggunaan bahan cat yang sesuai. Setelah pengecatan selesai, hasil kerja akan dipantau dan manual penyelenggaraan akan disediakan kepada pemilik hartanah untuk penjagaan seterusnya.
Projek Pertama Jotun bersama Sunway Group
Jotun kini menjalankan projek bersama Sunway Group, di mana teknologi Eagle Eye Drone digunakan untuk mengimbas dinding fasad luaran Sunway Resort Hotel, Sunway Pyramid Mall, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway CLIO Hotel.
Kerjasama ini dijangka akan membolehkan pihak hartanah memanfaatkan teknologi canggih Jotun untuk mendapatkan pandangan yang berharga tentang keadaan bangunan mereka.
Penawaran Produk Berkualiti oleh Jotun
Bukan itu sahaja, Jotun juga menyediakan rangkaian produk cat luar yang unggul untuk penyelenggaraan bangunan iaitu Jotashield Infinity, yang dilancarkan awal tahun ini. Ia adalah produk utama yang menawarkan perlindungan terbaik untuk dinding luar dengan teknologi terkini yang menjanjikan ketahanan, prestasi warna, dan rintangan kotoran yang unggul.
Rangkaian ini turut merangkumi Jotashield Ultra Clean dengan teknologi AntiDirt, memastikan permukaan kekal bersih dan bebas kotoran, serta Jotashield AntiFade Colours untuk warna-warna yang kekal terang walaupun terdedah kepada cuaca ekstrem.
Dengan pendekatan holistik dalam menawarkan perkhidmatan inovatif dan produk berkualiti, Jotun terus memperkukuhkan reputasinya sebagai peneraju pasaran. Jotun membawa penyelenggaraan hartanah ke tahap yang lebih tinggi, memastikan bangunan anda bukan sahaja kelihatan menarik tetapi juga kekal dalam keadaan terbaik.