Terokai Kelebihan Koleksi Skechers Viper Court – Kasut Yang Sesuai Untuk Sukan Pickleball

October 18, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Skechers mengumumkan pelancaran tambahan baru kepada koleksi kasut prestasi Skechers Viper Court untuk wanita dan lelaki.

Koleksi ini menggabungkan dua perkara utama iaitu keselesaan dan prestasi – ini termasuk penawaran teknologi canggih mereka iaitu Skechers Hands Free Slips-in yang memudahkan pemakai untuk menyarung kasut tanpa kesukaran.

Dua model baharu yang diperkenalkan ialah Skechers Viper Court Pro dan Skechers Viper Court Rally. Kedua-duanya menawarkan ULTRA FLIGHT cushioning untuk memberikan keselesaan ringan serta responsif dan juga gabungan tapak Goodyear Performance Outsole yang menjamin cengkaman yang lebih baik, kestabilan dan ketahanan sama ada di permukaan dalaman atau luaran.

Skechers Viper Court Pro – Untuk Wanita (RM599)

Model Skechers Viper Court Pro yang ringan ini dilengkapi dengan sistem insole Skechers Arch Fit yang diperakui oleh pakar podiatri, serta Skechers’ Relaxed Fit untuk menyokong pergerakan pantas dan pergerakan sisi yang penting dalam sukan seperti pickleball, badminton, ping pong dan bola jaring.

Skechers Viper Court Rally – Untuk Wanita Dan Lelaki (RM399)

Skechers Viper Court Rally menggunakan inovasi terbaru – tapak kasut Resilient Move Foam untuk meningkatkan kesan lapik yang lembut. Teknologi ini menawarkan keselesaan yang tiada tandingan, membolehkan pemain bergerak dengan lancar di gelanggang dan meningkatkan prestasi permainan mereka.

Dengan harga bermula dari RM399, Skechers Viper Court kini boleh didapati melalui laman web rasmi di www.skechers.com.my serta di kedai konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre.

Bagi peminat sukan gelanggang, tambahan baru ini memberikan peluang untuk menikmati prestasi terbaik dengan teknologi terkini, sambil mengekalkan keselesaan sepanjang perlawanan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd