Yeo’s Memperkenalkan Minuman Seakan Air Teh Mutiara – Yeo’s Bubble Tea Inspired Soy Milk Blend Dengan Perisa Laici Dan Kundur

October 18, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jika anda seorang peminat bubble tea atau teh mutiara, tetapi bimbang tentang kandungan gula dan kalori yang tinggi, Yeo’s kali ini menampilkan pilihan yang seakan sama tetapi menawarkan kandungan gula yang rendah menerusi minuman Yeo’s Bubble Tea Inspired Soy Milk Blend.

Minuman ini hadir dalam dua pilihan menarik iaitu Laici dan Kundur yang mana masing-masing menawarkan kenikmatan rasa yang pasti akan memenuhi keinginan anda.

Rasa Lembut Dengan Sentuhan Soya Berasaskan Tumbuhan

Apa yang membuatkan Yeo’s Bubble Tea Inspired Soy Milk Blend ini menarik adalah ia menggunakan susu soya berasaskan tumbuhan. Ini bermakna, anda bukan sahaja menikmati rasa manis dan lazat, tetapi juga mendapat manfaat tambahan dari protein tumbuhan yang baik untuk kesihatan.

Selain itu, kedua-dua perisa ini menawarkan pengalaman rasa yang unik:

  • Kundur: Perisa klasik ini menampilkan rasa manis yang halus dengan aroma menyegarkan, sesuai untuk mereka yang gemarkan citarasa teh mutiara tradisional.
  • Laici: Jika anda mencari sesuatu yang lebih eksotik, perisa laici memberikan rasa buah yang segar dan manis yang sesuai untuk dinikmati bila-bila masa, sama ada di waktu pagi atau ketika berehat di petang hari.

Dengan pembungkusan yang praktikal, Yeo’s Bubble Tea Inspired Soy Milk Blend boleh dibawa ke mana sahaja. Ia adalah minuman yang ideal untuk mereka yang selalu sibuk tetapi masih mahu menikmati rasa teh mutiara kegemaran mereka. Sama ada di tempat kerja, ketika bersantai di rumah, atau ketika beriadah bersama rakan-rakan, minuman ini pasti menjadi teman setia anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd