JD Sports, peruncit terkemuka dalam pakaian sukan dan kasual, terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan dua cawangan baharu di KL East Mall dan MyTown Shopping Centre.
Dengan pembukaan ini, JD Sports kini memiliki sebanyak 20 cawangan di seluruh negara – ini sekaligus memberi peluang kepada lebih banyak pelanggan untuk mendapatkan produk sukan dari cawangan mereka.
Bagi yang tidak mengetahui, JD Sports menawarkan pelbagai pilihan kasut yang pelbagai, bermula dari bayi dan kanak-kanak sehingga ke dewasa meliputi kategori kasut sukan untuk wanita dan lelaki sejak tahun 2016, dan kini menjadi antara kedai sukan yang popular dalam kalangan peminat sukan dan gaya hidup aktif.
Rangkaian produk JD Sports merangkumi lebih daripada 30 jenama global terkenal seperti Adidas, Nike, New Balance, PUMA, FILA dan ASICS, menjadikan mereka destinasi utama untuk penggemar fesyen sukan dan gaya kasual.
Bukan itu sahaja, JD Sports turut hadir dengan pelbagai jenama lain yang menawarkan pilihan kasut kasual untuk orang ramai – juga menampilkan jenama baru kepada pelanggan mereka seperti Birkenstock, Keen dan lain-lain jenama menarik yang bakal menyusul.
Langkah ini adalah selaras dengan permintaan pengguna di Malaysia yang semakin meningkat terhadap pakaian sukan bergaya (athleisure), yang menggabungkan keselesaan dan gaya untuk kehidupan seharian.
Dengan pembukaan cawangan baru ini, JD Sports bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan kasut berkualiti, malah memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan menarik bagi para pelanggan yang ingin mendapatkan gaya terkini dan berprestasi.
Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungi JD Sports di KL East Mall atau MyTown Shopping Centre dan temui koleksi fesyen dan sukan eksklusif yang sesuai dengan gaya anda.