Belanjawan 2025: Potongan Cukai Tambahan Bagi Majikan Yang Menggaji Wanita Kembali Bekerja
Lina Rosli
Kerajaan Malaysia terus memperkukuhkan sokongan terhadap wanita yang ingin kembali ke pasaran kerja dengan memperkenalkan insentif baru untuk majikan.
Potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada majikan yang menggaji wanita yang kembali bekerja, untuk tempoh selama 12 bulan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai majikan untuk mengambil wanita yang mungkin telah berehat seketika daripada kerjaya mereka, seperti selepas cuti menjaga anak atau atas sebab-sebab peribadi yang lain.

Menerusi potongan cukai ini, ia dijangka dapat mengurangkan beban kewangan syarikat sambil memastikan wanita yang kembali ke pasaran kerja diberikan peluang untuk menyumbang semula kepada ekonomi.
Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi negara.