Pada Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan yang mana Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026.
Dan untuk Belanjawan 2025, belian mengumumkan yang mana kerajaan menyasarkan peruntukan hampir RM550 juta bagi tujuan promosi dan aktiviti pelancongan.
Bukan itu sahaja, sebanyak RM110 juta disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan di Malaysia. Ini bertujuan untuk menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau Rompin di Johor, Pulau Redang di Terengganu dan Pantai Tusan Bekenu di Sarawak.
Selain itu, kerajaan juga memperkukuhkan usaha dalam ekopelancongan melalui kerjasama bersama United Nations Development Programme (UNDP) dan Habitat Foundation. Usaha ini bertujuan untuk memastikan pembangunan pelancongan yang lebih mampan dengan melibatkan komuniti setempat dalam pemeliharaan alam sekitar serta memanfaatkan peluang ekonomi dari sektor pelancongan.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga merancang untuk mencalonkan beberapa warisan budaya dan tapak sejarah untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, termasuk Tapak Lombong Bijih Timah Sungai Lembing di Pahang serta budaya perarakan Chingay dan tarian singa.
Pencalonan ini bertujuan untuk memelihara sejarah dan memperkenalkan generasi baru kepada warisan penting ini – selain turut komited dalam mempromosikan pelancongan yang lestari.
Dengan pengiktirafan UNESCO dan kerjasama ekopelancongan, Malaysia berharap dapat memelihara kekayaan alam dan budaya tempatan untuk generasi akan datang.