Kolaborasi Secret Recipe x Wunderbath Menampilkan Balsam Bibir Yang Berperisa Kek Indulgence

October 21, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

Jika anda ke mana-mana cawangan Secret Recipe, pastinya akan ada satu kek yang sering menerima pesanan daripada kebanyakan pelanggan, iaitu kek Indulgence.

Untuk yang tidak mengetahui, kek Indulgence ini merupakan kek ikonik Secret Recipe yang terdiri daripada beberapa lapisan coklat yang berkrim, seperti kek coklat lembut yang digabungkan dengan mousse coklat dan ganache yang pekat.

Selain kek, Secret Recipe sebelum ini turut hadir dengan beberapa produk lain yang mengambil inspirasi daripada rasa kek ini. Dan yang terbaru, dengan kolaborasi bersama Wunderbath, mereka tampil dengan balsam bibir yang mempunyai perisa Indulgence.

Menurut Wunderbath, balsam bibir Indulgence ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang baik untuk bibir seperti shea butter dan minyak jojoba – yang mana bahan ini baik untuk individu yang mempunyai masalah bibir kering kerana ia berfungsi untuk menghidrat.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, tawaran balsam bibir ini dilakukan menerusi promosi “CAKE IT EASY! Self-Care Gift Set” Secret Recipe yang mana ia menawarkan satu set hadiah pada harga diskaun bagi setiap pembelian kek penuh.

Untuk bukan ahli, harga adalah RM49.90 tanpa pembelian kek, dan RM39.90 dengan pembelian satu kek penuh. Dan bagi ahli SR Rewards, anda boleh menyimpan e-baucar di bahagian keahlian untuk menebus tawaran ini. Ahli yang membeli kek penuh (kecuali Brownies (Tray)) atau dalam promosi Healing Thursday layak membeli set hadiah pada harga diskaun RM35.90. Setiap ahli hanya boleh menebus satu set hadiah diskaun per transaksi, tertakluk kepada stok yang ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd