ECCO Memperkenalkan Koleksi Kasut Baharu – BIOM Infinite Untuk Wanita Dan Lelaki

October 25, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Koleksi kasut terbaru dari ECCO, BIOM Infinite hadir dengan revolusi rekaan yang menggabungkan teknologi yang canggih, di samping mementingkan keselesaan dan gaya kontemporari. Kasut ini direka khusus untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif, sama ada berjalan-jalan di bandar atau terlibat dalam aktiviti luar.

Untuk pengetahuan anda, BIOM Infinite memberikan keseimbangan sempurna antara prestasi dan gaya, menjadikannya pilihan tepat bagi mereka yang mengutamakan fungsi dan fesyen dalam setiap langkah.

Kelebihan utama BIOM Infinite terletak pada rekaannya yang berasaskan kajian terperinci tentang anatomi kaki dan biomekanik, mencipta pengalaman berjalan yang lebih semula jadi. Dengan sokongan tapak dalaman Ortholite untuk keselesaan sepanjang hari, tapak tengah PHORENE yang ultra ringan dan teknologi BIOM NATURAL MOTION yang menggalakkan pergerakan semula jadi – menjadikan kasut ini menjanjikan keselesaan yang optimum.

Hadir dalam dua pilihan bahan iaitu tekstil yang ringan serta kulit yang menawarkan sentuhan mewah dan tahan lasak – oleh itu, BIOM Infinite sesuai dengan citarasa setiap individu. Selain itu, ia juga hadir dengan pilihan warna yang versatil seperti merah, hitam dan putih untuk wanita serta hijau, hitam dan putih untuk lelaki menambah lagi daya tarikannya.

Koleksi ini kini boleh didapati di kedai ECCO terpilih termasuk cawangan di Pavilion KL, Suria KLCC dan juga secara atas-talian di kedai rasmi ECCO. Jika anda mencari sneaker yang bukan sahaja bergaya tetapi juga memberikan keselesaan luar biasa, BIOM Infinite adalah pilihan yang tepat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd