Seiko Prospex Speedtimer Edisi Terhad Bola Keranjang – Eksklusif Untuk Pasaran Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau Dan Singapura
Lina Rosli
Seiko memperkenalkan jam tangan eksklusif terbarunya iaitu Seiko Prospex Speedtimer SSC951P1 yang hanya boleh didapati melalui Thong Sia Group untuk pasaran Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau dan Singapura.
Jam tangan edisi terhad ini bukan sekadar aksesori, tetapi juga simbol dinamik semangat dan tenaga sukan bola keranjang, memancarkan keghairahan serta semangat kesukanan dalam setiap rekaannya.

Jam Tangan Yang Diinspirasi Dari Warna Dan Semangat Bola Keranjang
Dial jam tangan Seiko Prospex Speedtimer SSC951P1 diilhamkan daripada warna-warna bertenaga bola keranjang, menyerlahkan gabungan warna yang menggambarkan kehangatan dan keterujaan sukan tersebut.
Reka bentuk unik ini melambangkan daya tarikan sukan yang bersifat sejagat, di mana ia menyatukan individu melalui minat bersama terhadap persaingan dan kerja berpasukan.
Dibina dengan kehalusan seni pembuatan yang tiada tandingan, Seiko Prospex Speedtimer SSC951P1 dilengkapi dengan sarung keluli tahan karat 39mm yang tahan lasak serta kalis air sehingga 10 bar, memastikan ketahanan yang tinggi untuk penggunaan jangka panjang.

Jarum dan penanda bercahaya pada dial memberikan kejelasan yang luar biasa dalam pelbagai keadaan pencahayaan, sementara kristal nilam menawarkan perlindungan daripada calar dan hentakan. Di dalam sarungnya, jam tangan ini menggunakan pergerakan kuarza – turut dilengkapi paparan tarikh dan indikator rizab kuasa.
Untuk pengetahuan anda, jam tangan edisi terhad ini yang mana menampilkan kira-kira 1000 unit sahaja – hanya akan tersedia mulai November 2024, eksklusif di bawah Thong Sia Group untuk Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau, dan Singapura.