Perkembangan teknologi yang pesat telah mengubah cara kita melakukan transaksi harian, termasuklah ketika menikmati kopi kegemaran di kafe. The Coffee Bean & Tea Leaf kini telah mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan konsep pembayaran secara nirtunai (cashless) di semua cawangan mereka.
Dengan ini, ia pastinya memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran dengan lebih pantas dan efisien.
Sekiranya anda berkunjung ke The Coffee Bean & Tea Leaf, kedai kopi ini menyediakan beberapa kaedah pembayaran nirtunai yang pelbagai seperti:
- Kad TCB: Buat pelanggan setia The Coffee Bean & Tea Leaf, anda boleh melakukan pembayaran terus melalui kad ahli – namun kelebihan ini tidak lagi boleh digunakan selepas 31 Disember 2024.
- Dompet Digital: Khusus untuk anda yang gemar mengumpulkan ganjaran, anda boleh melakukan pembayaran melalui variasi pilihan dompet digital seperti GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan lain-lain.
- Kad Debit & Kredit: Selain itu, anda juga boleh melalukan pembayaran menggunakan kad bank.
- Pembayaran QR Kod Bank: Pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi perbankan mereka untuk membuat pembayaran melalui kod QR – menjadikannya lebih fleksibel dan mesra pengguna.
Gunakan Kad TCBTL Anda Hingga 31 Disember 2024
Disebabkan pembayaran di The Coffee Bean & Tea Leaf kini beralih sepenuhnya ke dompet digital, kad debit dan kod QR perbankan, kedai kopi ini nampaknya mula menukar pengalaman pembayaran secara berperingkat dan akan mula menamatkan penggunakan kad ahli TCBTL bermula 1 Januari 2025.
Namun, bagi anda yang masih menggunakan kad TCBTL ini, anda masih boleh:
- Menebus mata TCBTL: Bagi pelanggan yang mempunyai mata ganjaran (TCB Bean Points), anda masih boleh menebus mata ini untuk pembelian di cawangan sehingga penghujung tahun ini. Pastikan anda memanfaatkan mata ganjaran yang ada untuk menikmati pelbagai pilihan kopi, teh, dan makanan di kafe.
- Membelanjakan kredit di dalam kad: Sekiranya anda masih mempunyai baki nilai di dalam kad TCBTL anda, pastikan anda menggunakannya sebelum 31 Disember 2024. Setelah tarikh tersebut, baki nilai yang belum digunakan akan ditamatkan dan tidak boleh ditebus lagi.
Jadi, jika anda singgah ke The Coffee Bean & Tea Leaf, jangan lupa untuk menikmati kemudahan nirtunai ini. Hanya imbas dan nikmati minuman kegemaran anda tanpa perlu risau tentang membawa tunai.