Lapisan Pâtisserie Buka Kedai Pertama Di Mid Valley Megamall
Lina Rosli
Lapisan Pâtisserie kini memulakan langkah pertama di Malaysia dengan pembukaan kedai pertamanya di Mid Valley Megamall.
Dengan konsep yang menggabungkan tradisi pastri Perancis dan sentuhan rasa tempatan, Lapisan Pâtisserie menawarkan pengalaman kulinari yang menggabungkan seni pembuatan pastri klasik dengan keunikan cita rasa Malaysia.
Setiap kek kecil dan pastri dihasilkan dengan penuh ketelitian, menjanjikan tekstur yang halus, rasa yang seimbang, dan persembahan yang memukau.
Pembukaan di Centre Court, aras bawah Mid Valley Megamall ini menjadi titik permulaan penting bagi jenama ini dalam memperkenalkan patisserie bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia, sambil mengekalkan rasa tempatan yang menjadi kebanggaan rakyat malaysia.

Menunya merangkumi pelbagai pilihan, dari pastri klasik Perancis hingga ciptaan baharu yang menggunakan bahan tempatan, mencipta sesuatu yang benar-benar unik.
Antara yang patut dicuba termasuk Honey Toast, roti susu bakar yang dilapisi madu, mentega dan gula kasar, lalu disempurnakan dengan lapisan karamel. Roti ini rangup di luar, tetapi kekal lembut di dalam, menjadikan setiap suapan satu kenikmatan.
Satu lagi pilihan ialah Strawberry Maritozzo, roti manis yang diisi dengan chantilly mascarpone dan strawberi segar – ideal bagi pencinta rasa yang manis dan segar.

Untuk mereka yang gemar croissant, Lapisan Pâtisserie juga hadir dengan variasi pilihan croissant. Setiap croissant dibuat dengan penuh ketelitian, menghasilkan lapisan keemasan yang nipis dan bermentega. Pilihan seperti Sarawak Pepper Chicken Croissant menambah rasa tempatan dengan isi ayam lada hitam, biji bijan hitam, dan mayonis lada hitam, menawarkan rasa yang unik dan menyelerakan.


Bagi penggemar rasa manis, Peach Delight Danish patut dicuba – ia dibuat dengan adunan croissant, diisi dengan krim badam dan dihiasi dengan peach yang segar dan lembut.
Untuk maklumat lanjut dan mengikuti perkembangan terkini, anda boleh kunjungi laman Instagram mereka di Lapisan Pâtisserie.