SmartPools Memperkenalkan Kolam Air Mineral Semula Jadi Pertama Di Asia – Menerusi Acara Eksklusif Di Kuala Lumpur

October 23, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

SmartPools telah mengadakan acara eksklusif di Route 77, Harley Davidson, Jalan Ampang untuk memperkenalkan teknologi kolam renang revolusioner mereka.

Bertemakan “Live the Water Life“, acara ini memaparkan bagaimana inovasi tempatan mengubah kolam renang menjadi pusat kecergasan, hidroterapi dan kesejahteraan yang diiktiraf di peringkat global.

Menerusi acara ini, Smartpools telah melancarkan kolam air mineral semula jadi pertama di Asia – ia hadir dengan teknologi yang menggunakan fotokatalisis pengoksidaan bersama hidrogen peroksida sebagai alternatif kepada klorin, menawarkan pengalaman berenang yang lebih selamat dan semula jadi.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan hidrogen peroksida ini tidak meninggalkan sisa kimia, mengurangkan risiko iritasi kulit dan mata, serta memberi pengalaman yang lebih selesa kepada pengguna.

Di dalam acara ini juga, satu demonstrasi interaktif telah dilaksanakan yang memperlihatkan Laminar Aqua Propulsion System (LAPS). Teknologi LAPS ini menghasilkan aliran air volumetrik yang boleh disesuaikan (sehingga 5.5 km/j), memberikan pengalaman berenang seperti di perairan terbuka.

SmartPools turut menampilkan reka bentuk kolam yang sesuai untuk ruang kediaman kompak yang biasa di Malaysia. Contohnya, SmartPools Arena Debut (15′ x 8′ x 3.5′) hanya sebesar tempat letak kereta, namun mampu memberikan pengalaman berenang setara dengan kolam bersaiz Olimpik.

Dengan aliran air yang dijana oleh sistem LAPS, pengguna boleh menikmati sesi berenang yang memfokuskan pada kecergasan dan kesihatan tanpa memerlukan ruang yang besar.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd