Carian
Kitar Baharu Baju Lama Anda Di RE.UNIQLO Studio Di 3 Lokasi Terpilih Di Sekitar Lembah Klang
October 25, 2024 Lina Rosli

UNIQLO sememangnya antara jenama yang komited dalam mengurangkan jejak karbon secara global. Oleh itu, bersempena dengan Hari Pembaikan Antarabangsa (International Repair Day), UNIQLO menampilkan dengan Bengkel Baiki Dan Kitar Baharu yang bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat pakaian dengan solusi yang mudah dan praktikal.

Acara yang diadakan di RE.UNIQLO Studio ini dipimpin oleh Sewing World, sebuah organisasi tempatan yang memberi peluang kepada wanita untuk mempelajari kemahiran jahitan.

Bengkel ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik membaiki dan mengubah suai pakaian secara kreatif, sekaligus mendorong pendekatan yang lebih mampan dalam kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan anda juga, bengkel ini adalah sebahagian daripada inisiatif global UNIQLO, dengan acara serupa turut diadakan di lokasi-lokasi RE.UNIQLO Studio di seluruh dunia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UNIQLO dalam mendidik pelanggan tentang pentingnya penjagaan pakaian dan amalan upcycling, serta menyumbang kepada ekonomi kitaran.

RE.UNIQLO STUDIO pertama diperkenalkan di kedai UNIQLO di Regent Street, London pada tahun 2022. Sejak itu, perkhidmatan ini telah diperluaskan ke lebih 50 kedai di 21 pasaran sehingga akhir September 2024.

Di Malaysia, RE.UNIQLO Studio terdapat di UNIQLO Damansara Avenue Square, UNIQLO Fahrenheit 88, dan UNIQLO The Exchange TRX. Di studio ini, staf terlatih menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk menampal lubang atau kerosakan kecil dengan harga serendah RM7, serta perkhidmatan sulaman asli dengan lebih 80 reka bentuk yang boleh dipilih – termasuk teknik jahitan tradisional Jepun “SASHIKO.”

Melalui program seperti RE.UNIQLO dan bengkel kitar baharu, UNIQLO komited untuk membina budaya kelestarian dan penggunaan yang bertanggungjawab. Pasaran yang terlibat dalam bengkel ini termasuk:

  • Eropah: Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol.
  • Amerika Utara: Kanada.
  • Asia: China, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan.

Inisiatif ini adalah langkah UNIQLO dalam memperkasakan pelanggan untuk mengekalkan pakaian mereka dan mendorong pendekatan yang lebih lestari dalam penggunaan harian.

Komen