Bagi anda yang sering melakukan acara keramaian atau apa-apa majlis besar, pastinya akan ada satu masa yang memerlukan anda untuk mendapatkan pembesar suara mudah alih yang berkuasa tinggi, bukan?
Jika ya, anda mungkin akan meminati senarai produk baharu yang diperkenalkan olej JBL – iaitu pembesar suara mudah alih JBL PartyBox dan JBL PartyLight.

Dikuasakan oleh teknologi Auracast, produk ini berupaya untuk melakukan sambungan yang lancar antara satu sama lain – ini sekaligus mencipta pengalaman muzik yang lebih mengasyikkan.
Apa Yang Menarik Pada JBL PartyLight Beam & PartyLight Stick?
Untuk pengetahuan anda, bagi siri JBL PartyLight, JBL hadir dengan dua produk pencahayaan baharu: JBL PartyLight Beam dan JBL PartyLight Stick.
Kedua-duanya menambah elemen pencahayaan yang dinamik dan disegerakkan dengan muzik. PartyLight Beam adalah unit kompak yang memberikan kesan cahaya kinetik, manakala PartyLight Stick, setinggi kira-kira satu meter, menawarkan ciri pencahayaan 330º untuk mencipta suasana di dalam bilik.
Kedua-duanya boleh disambungkan dengan mudah ke JBL PartyBox menggunakan teknologi Auracast hanya dengan menekan satu butang.
Pembesar Suara Berkuasa – JBL PartyBox Club 120 Dan Stage 320
Mengenai PartyBox pula, jenama ini menampilkan dua pilihan pembesar suara mudah alih iaitu JBL PartyBox Club 120 dan Stage 320.

Kedua-dua pembesar suara ini mempunyai ciri-ciri kawalan yang mudah diakses dari panel atas produk, pemegang terbina dalam, bateri boleh ganti, rintangan kalis air IPX4 dan juga input untuk mikrofon dan gitar.
Dengan sokongan Bluetooth, ia boleh disambungkan kepada aplikasi muzik pilihan anda.

Selain pembesar suara, JBL turut menampilkan fon telinga True Wireless Stereo (TWS) unggulan, JBL Tour Pro 3. Ia merupakan TWS pertama JBL yang dilengkapi teknologi Auracast bersama ciri-ciri seperti sarung pengecas pintar dengan skrin sentuh, pembatalan bunyi adaptif dan pemancar audio baharu yang sesuai digunakan ketika dalam penerbangan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan barisan produk JBL ini, ia boleh didapati di platform Lazada, Shopee dan peruncit terkemuka termasuk ALL IT, Viewnet, Urban Republic, Thundermatch, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari JBL Online Store.