Nespresso menyambut musim perayaan dengan melancarkan kempen “Unforgettable Holidays”, mengajak peminat kopi untuk menikmati detik bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan pilihan kopi baru yang dihasilkan bersama Chef Michelin Perancis, Jean Imbert, koleksi ini adalah pilihan yang tepat untuk melengkapkan suasana percutian.
Antara yang menarik dalam koleksi ini adalah Unforgettable Espresso bagi rangkaian Original dan Double Espresso untuk rangkaian Vertuo. Menggunakan biji kopi Arabica dari Peru dan Costa Rica serta Robusta, kopi ini menghasilkan rasa yang kaya dengan nota bijirin panggang dan kayu.
Kopi ini sesuai dinikmati secara sendiri atau bersama susu sebagai Latte Macchiato atau Double Cappuccino, memberikan pengalaman rasa yang unik.

Selain itu, terdapat juga kapsul kopi Almond Croissant Flavour yang membawa kenangan Chef Imbert tentang Paris – hadir dengan rasa almond dan roti mentega yang menghidupkan citarasa klasik.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati rasa Peanut and Roasted Sesame Flavour menggabungkan nota bijan panggang dan bertih jagung untuk mencipta rasa yang hangat dan istimewa – sesuai untuk musim perayaan.

Koleksi perayaan ini turut disertakan dengan Advent Calendar edisi 2024 yang menawarkan satu kopi pada setiap hari, membawa kejutan yang manis kepada peminat Nespresso. Tidak hanya itu, Nespresso turut menawarkan Travel Mug edisi terhad – ia diperbuat daripada keluli tahan karat kitar semula dengan rekaan yang elegan.

Bagi yang berminat, koleksi Nespresso Unforgettable Holidays ini boleh didapati secara atas talian atau anda juga boleh berkunjung ke butik Nespresso bermula 28 Oktober 2024 – rasa baharu ini ditawarkan untuk tempoh waktu terhad sahaja.