Underwater Memperluaskan Penawaran Menerusi Cawangan Baharu Di IOI City Mall – Mula Hadir Dengan Barisan Produk Kecantikan Lestari

October 30, 2024
Kecantikan

Lina Rosli

Underwater, sebuah konsep kedai yang dikhususkan untuk produk kecantikan trendy, kini menjadi tumpuan dunia kecantikan di Malaysia. Menyatukan tradisi dan inovasi moden, Underwater membawakan rangkaian produk kecantikan premium dari Korea, Jepun dan pelbagai jenama antarabangsa.

Dan baru-baru ini, Underwater memperkenalkan kedai terbarunya di Outpozt, IOI City Mall, Putrajaya, yang menyediakan pelbagai pilihan produk kecantikan dan solekan Korea yang diminati ramai. Pembukaan ini merupakan kedai ketiga Underwater di Malaysia, selepas lokasi di SEIBU TRX dan Genting SkyAvenue, menambah lagi kemeriahan kepada para peminat kecantikan.

Bagi yang tidak mengetahui, Underwater ialah destinasi sehenti bagi mereka yang mencari trend kecantikan terkini dan cara untuk mengekspresikan gaya unik mereka. Dikenali sebagai “Beauty Divers,” anda dapat menemui produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan – menerusi rangkaian jenama popular seperti 3CE, CLIO, Peripera, Dasique, Rom&nd, Hince, SKIN1004, Medipeel dan banyak lagi.

Underwater Hadir Dengan Jenama Kecantikan Baharu Eksklusif Di Malaysia

Underwater juga memperkenalkan tiga jenama kecantikan dari Korea yang eksklusif di Malaysia:

  • Nuse: Sebuah jenama “Color Care” yang menggabungkan solekan dan penjagaan kulit dalam satu, hadir dengan fokus pada kecantikan dan kesihatan kulit.
  • Hince: Jenama solekan “Mood-Narrative” yang menyerlahkan kecantikan semula jadi dengan palet warna yang pelbagai.
  • S.Nature: Jenama penjagaan kulit yang mengekalkan kecantikan semula jadi kulit dengan bahan-bahan mesra alam.

Komitmen Underwater Untuk Kecantikan Lestari Bagi Tahun 2024

Underwater menyokong kecantikan lestari dengan menyediakan produk kecantikan bersih dari jenama seperti S.Nature, Ariul dan SKIN1004. Dengan usaha ini, Underwater bertekad untuk membawa produk yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan berkesan untuk komuniti peminat kecantikan mereka.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan, Underwater menawarkan promosi istimewa sempena pembukaan kedai baharu mereka, termasuk diskaun hingga 70%, hadiah percuma dengan setiap pembelian dan peluang menyertai Lucky Spin dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk memenangi produk kecantikan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd