Genki Sushi Malaysia baru-baru ini mencatat pencapaian penting apabila mula diiktiraf sebagai restoran makanan Jepun yang Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk semua cawangan di seluruh negara.
Dengan adanya pengiktirafan Halal ini, ia bukan sahaja mengukuhkan komitmen Genki Sushi untuk mengutamakan nilai pelanggan Malaysia tetapi juga memastikan pengalaman masakan Jepun yang autentik – sekaligus relevan dengan keperluan semasa.
Tambah Genki Sushi lagi, sijil Halal ini adalah sebahagian daripada strategi besar untuk mengembangkan jenama Genki Sushi – ini kerana pasaran Malaysia mempunyai potensi pertumbuhan yang besar selari dengan perancangan mereka untuk membuka lebih banyak cawangan di Malaysia.
Selain pengumuman status Halal, Genki Sushi juga melancarkan menu baharu yang menawarkan hidangan seperti Sashimi Moriawase, Spicy Salmon Maki dan Trio Salmon Sushi. Bukan itu sahaja, bagi penggemar masakan Jepun yang ingin merasai lebih banyak variasi, hidangan seperti Tempura Moriawase dan Yakiniku Roll juga turut disediakan kepada umum.
Untuk maklumat lanjut tentang Genki Sushi dan menu baharu mereka, anda boleh layari laman web rasmi mereka di https://www.genkisushi.com.my/.