Skechers Melancarkan Koleksi Pertama Kasut Bola – Evolution Pack Elite Untuk Lelaki Dan Wanita

November 5, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Skechers kini melangkah ke dunia bola sepak dengan pelancaran koleksi pertama kasut bola mereka – Evolution Pack Elite untuk lelaki dan wanita.

Dengan rekaan yang diinspirasikan oleh keperluan pemain profesional dan amatur, koleksi ini menampilkan inovasi yang tidak hanya memfokuskan prestasi tetapi juga keselesaan untuk setiap pergerakan di padang.

Koleksi Evolution Pack Elite dilengkapi dengan dua model utama, Skechers SKX_01 – 1.5 Elite FG dan Skechers Razor – 1.5 Elite FG, masing-masing direka untuk memenuhi keperluan pemain dari segi ketangkasan, ketahanan dan keselesaan.

Skechers SKX_01 – 1.5 Elite FG (RM 1,099)

Kasut bola ini direka untuk memberikan kelebihan yang sempurna semasa mengawal bola – kerana ia hadir dengan gabungan teknologi Performance FitKit dengan lapisan kulit buatan yang melindungi kaki.

Pada bahagian tapaknya turut disertakan corak stud dinamik untuk cengkaman yang baik pada permukaan padang, serta Hyper-burst Pro cushioning yang menawarkan keselesaan berpanjangan sepanjang permainan.

Skechers Razor – 1.5 Elite FG (RM 1,099)

Dikenali sebagai ‘speed boot’ atau kasut boleh yang memfokuskan kelajuan, Skechers Razor direka khas untuk meningkatkan kelajuan dengan soleplate yang diinspirasikan karbon untuk tindak balas lebih pantas.

Sama seperti SKX_01 ini turut dilengkapi Hyper-burst Pro cushioning, namun menggunakan corak stud berbentuk chevron untuk cengkaman yang maksimum dan pergerakan yang fleksibel di padang.

    Tersedia di Pasaran Malaysia

    Bagi yang berminat, kasut bola baharu Skechers ini tersedia dalam pilihan warna Yellow Black dan Black Silver. Dan dijangka dalam masa terdekat, Skechers turut akan memperkenalkan koleksi ini dalam pilihan warna ungu yang menarik pada bulan November 2024 – ideal bagi mereka yang ingin tampil berbeza.

    Untuk pemain junior, koleksi ini tersedia dengan harga bermula RM259, manakala model Academy dari RM459 dan model Elite dijual pada RM1,099. Koleksi ini boleh didapati di outlet terpilih seperti Football Republic, Sportmart, Bootsmania dan TFC Football.

    © 2025 Amanz Media Sdn Bhd